“Cikgu Kata Dia..”- Eddry Hantar Anak Ke Sekolah Khas Autisme Di Manchester

Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim bersyukur kerana akhirnya anak ketiganya, Emery, 11, yang merupakan anak autisme sudah bersekolah di Manchester , United Kingdom.

Edry memberitahu Emery mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tersebut yang dikhaskan untuk anak-anak istimewa seperti anaknya.

“Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..

“Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son,” tulisnya.

 

 

Anggota kumpulan KRU itu berkongsi perkara tersebut di akaun Insatrfgam (IG) miliknya.

Terdahulu Edry pernah memberitahu dia membuat keputusan untuk berhijrah bersama keluarganya ke Manchester bagi membolehkan Emery mendapatkan pembelajaran terbaik sebagai golongan autisme.

Hampir 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohamed dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil, 18, Edylia, 15, Emery, 11, dan Elya, 8, Edry mengakui dia tidak pernah meluangkan masa yang banyak dengan keluarga.

Oleh sebab itu, apabila berita pembubaran KRU diumumkan, lelaki berusia 42 tahun itu memberitahu selepas ini fokusnya hanya keluarga, bukan lagi kepada muzik.

Hal ini kerana anak ketiga Edry, Emery merupakan kanak-kanak istimewa autisme yang tidak mampu bercakap seperti orang lain. Dia memerlukan sekolah serta pengajian yang berbeza di luar negara.

Bakal berhijrah ke benua Eropah demi memastikan kebajikan anaknya itu terjamin, Edry memberitahu, dia tidak mahu lagi culas dalam memberikan perhatian kepada Emery setelah tanggungjawab seni secara rasminya tamat bersama KRU.

Dalam perkembangan lain, Edry memberitahu dia tetap akan meneruskan kariernya seperti biasa malah sudah pun melancarkan syarikat rakaman iaitu KRU Entertainment UK Limited yang berpangkalan di Manchaster.

Kata Edry, penubuhan syarikat itu diharap dapat mencari bakat baharu dari Eropah selain memperkenalkan artis dari negara Asia ke sana.

 

“Saya juga akan berulang-alik ke Malaysia… Seboleh-bolehnya sekali dalam dua bulan.

“Sekiranya ada kerja perlu diselesaikan mungkin saya akan lebih kerap pulang ke sini,” jelasnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

sumber: Astro gempak via mstar / gengjoyah.com

Be the first to comment

Leave a Reply