
NAMA dianggotai oleh Fazrina Ani, Fazyra Malik, Fara Dolhadi dan Syamimi Mokhtar.

Penampilan empat gadis berhijab di pentas Asia’s Got Talent (AGT) pada awal bulan ini bukan sahaja mencuri perhatian audiens, bahkan turut memikat hati juri sehingga mereka berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
Terbaharu, empat gadis berhijab yang menggelarkan diri mereka sebagai NAMA itu sekali lagi membuat kejutan di pentas AGT apabila persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh penonton.

Lebih mengejutkan, empat sekawan itu mencipta sejarah selaku peserta pertama dari Malaysia yang memukau ketiga-tiga juri AGT iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park untuk mara ke final selaku pilihan juri.
Dalam pusingan separuh akhir tersebut, NAMA yang terdiri daripada empat sekawan iaitu Fazrina Ani, Fazyra Malik, Fara Dolhadi dan Syamimi Mokhtar telah menyanyikan lagu bertajuk Sax nyanyian asal Fleur East sambil disertai beberapa orang penari latar.
Manakan tidak, anggota Nama bukan sahaja cantik dan bersuara emas, bahkan persembahan mereka juga penuh dengan tenaga beserta dengan koreografi yang tersusun.
Maka tidak hairanlah NAMA yang juga alumni Universiti Malaya itu dipilih untuk terus mara ke peringkat akhir, sekali gus bakal merebut hadiah lumayan sebanyak USD $100,000.
VIDIO:
Kejayaan NAMA kali ini sangat istimewa kerana sebelum ini, pada peringkat uji bakat, mereka tidak mendapat undian penuh daripada para juri apabila gagal menarik minat Foster. – MHE TV
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: catatan terakhir
Leave a Reply