Penerbit Upin Ipin Jana RM735,000 Sebulan Hanya Melalui Youtube!

Siapa yang tak kenal dengan animasi kegemaran ramai, Upin Ipin. Bukan saja popular di Malaysia, malah dua beradik ini juga sangat diminati di Indonesia.

Upin & Ipin juga dikenali sebagai Upin & Ipin dan Kawan-Kawan merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat Les’ Copaque.

Upin & Ipin sendiri adalah watak utama bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula. Pada mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di TV9.

Ianya bertujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui 12 musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video.

Paling utama, ianya disiarkan di laman Youtube rasmi Les’ Copaque dan berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Menurut Awani Review, syarikat Les’ Copaque kini berjaya menjana pendapatan sehingga kira-kira RM735,000 ataupun USD180,000 sebulan melalui jumlah tontonan di YouTube sahaja.

Berdasarkan rekod YouTube, kebanyakan penonton adalah dari Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Rentetan daripada kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai “Animasi Paling Berjaya” pada tahun 2011.

Sehingga kini, Upin & Ipin memegang rekod sebagai animasi tempatan terpanjang pernah dihasilkan di mana sudah memasuki musim ke-12.

Dikatakan perancangan terbaru Les’ Copaque ialah membina taman tema khas ‘Upin & Ipin’ yang kini sedang berada dalam proses perancangan terakhir sebelum direalisasikan tidak lama lagi.

Untuk rekod, musim pertama Upin & Ipin sebenarnya diterbitkan khas sempena sambutan bulan Ramadan pada tahun 2007.

Sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les’ Copaque terus menerbitkan satu musim lagi yang diisi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008.

Di atas kejayaan musim pertama, Upin & Ipin berjaya memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.

Bagi anda yang mempunyai anak-anak yang sedang cuti sekolah, bolehlah membawa mereka menonton filem Upin & Ipin yang terbaru iaitu ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’.

Filem ini dikatakan mendapat sambutan hangat di pawagam dan mendapat kutipan RM5.3 juta hanya dalam masa 4 hari tayangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: yoy.my

Be the first to comment

Leave a Reply