“Saya gembira peluk Islam” – Mark Adam Kongsi Kisah Penghijrahannya Memeluk Islam

Mark Adam atau nama Islamnya Mark Adam Fikri Abdullah, 40 15 merupakan penyanyi pelawak dan pelakon yang terkenal Filipina di Malaysia dan berasal dari Cebu, Filipina. Beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.

Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telahpun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia.

Baru-baru ini Mark Adam telah berkongsi tentang penghijrahan beliau memeluk agama islam menerusi rancangan Al – Hijrah di TV3.

“SAYA nak convert Islam,” ulas penyanyi, Mark Adam menerusi klip rakaman program Al-Hidayah di TV3 yang dikongsi olehnya di Instagram (IG).

Di klip rakaman tersebut, Mark memberitahu, ketika meluahkan hasratnya untuk memeluk agama Islam, ibunya menangis.

Manakala semasa diajukan soalan sama kepada bapanya, Mark mendapat kebenaran.

“Saya tanya mak saya, mak saya menangis. Dia cakap tanya ayah awak.

“Kemudian, satu soalan ayah saya tanya, awak gembira tak?

“Saya jawab ya dan dia jawab OK,” kata Mark.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruangan komen IG penyanyi si Katak dan Pencuri itu, rata-rata peminatnya kagum dengan keputusan Mark bergelar sebagai saudara baharu.

Tidak kurang juga peminatnya daripada negara asal, Filipina, turut memuji dan hormat dengan keputusannya itu.\

Malah Mark juga bertemu jodoh dengan wanita melayu iaitu Norazah Redzuan pada 2003 selepas dua tahun berhijrah.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram Markadam/ SinarHarian

Be the first to comment

Leave a Reply