Hiburan
Ini Luahan Fasha Sandha Tentang Perkahwinan Kali Ini Yang Meruntun Perasaan Ramai

Sebelum ini Pelakon Fasha Sandha berharap, bahtera rumah tangga yang bakal dilayari kembali bersama Aidil Aziz dalam masa terdekat akan menjadi perkahwinan terakhirnya.
Mengakui sebak menanti hari bahagianya, Fasha, 35, bersyukur dipertemukan dengan insan yang tulus meyakinkan dirinya untuk kembali menjadi isteri.
“Ini kali pertama saya merasai kemeriahan persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. Saya sangat gembira, malah terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan kata sokongan untuk kembali melalui alam bermakna ini.
“Baru kini saya merasai erti perkahwinan sebenar. Saya terharu apabila ibu dan keluarga kedua-dua belah pihak memberikan restu. Dapat saya rasakan betapa diri ini disayangi,” katanya.
Ditemui pada majlis berinai dan juga sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35, malam tadi, Fasha berkata, sebagai insan yang pernah melalui kegagalan, dia berharap akan menemui bahagia yang dicari.
“Saya sangat berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan memohon semua mendoakan segala perancangan kami dipermudahkan,” katanya yang memilih tema Melayu Klasik pada acara yang turut dimeriahkan dengan kehadiran keluarga, rakan selebriti serta peminat.
Memilih untuk tidak berkongsi tarikh majlis pernikahan yang bakal berlangsung di kampung halamannya di Perlis, Fasha berkata, segala butiran hanya akan dimaklumkan selepas segala-galanya selesai.
“Tunggulah apabila semua urusan selesai, baru kami berkongsi. Untuk majlis pernikahan nanti, kami hanya mahu melunaskan perkara wajib. Alhamdulillah, banyak pihak yang bersedia menghulurkan tangan untuk meraikan hari bahagia kami,” katanya.
RESTU insan tersayang meyakinkan Fasha dan Aidil untuk melangkah ke alam perkahwinan. Foto Salhani Ibrahim
Sementara itu, Aidil atau nama penuhnya, Mohd Aidil Abdul Aziz ,32, berkata, selesai bernikah, mereka akan ke Pulau Langkawi, Kedah untuk berbulan madu disebabkan kekangan masa.
Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu di Ampang, Selangor.
Bintang drama Syurga Yang Kedua itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.
Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Fasha Sandha Dan Aidil
Cantiknya Fasha Sandha! ??
Sumber Foto : fb rotikaya & mimimimo
sumber : bhonline
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
-
Hiburan2 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan6 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan6 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan6 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan6 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan6 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan5 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan6 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’