“Acap, balik nak… Mak ada kat sini,” – Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung

IPOH – Ibu kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang ketika menyertai larian itu, 23 Mac lalu mendapat mimpi berkemungkinan anaknya berada di Gua Tempurung.

Perkara itu dikongsi abang kedua mangsa, Mohd Zahiruddin, 35, yang memaklumkan ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, mendapat petunjuk menerusi mimpi sekitar dua hari lalu bahawa Mohammad Ashraf berada di satu kawasan seakan Gua Tempurung.

“Kami cari semalam di sekitar Gua Tempurung sebab mak ada mimpi dan dia perasan kawasan itu Gua Tempurung, malah ada pengamal perubatan Islam nampak perkara sama, dia kata nampak Acap di situ, jadi kami ikhtiarkan di situ.

“Bagi pihak keluarga, kami tidak kisah apa-apa petunjuk, kami akan usaha dan pergi, saya sebagai abang pun pernah masuk gaung dan cerun untuk mencarinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Video pencarian mereka di Gua Tempurung itu turut tular sebaik dimuat naik Mohd Zahiruddin di media sosial, malam tadi.

Dalam beberapa video dimuat naik itu dapat didengar rintihan suara Siti Maznah yang memanggil nama anaknya berulang kali…’Acap di sini Acap, balik Acap…mak kat sini’.

Mohd Zahiruddin berkata, sejak kes kehilangan Mohammad Ashraf dilaporkan, ramai yang menawarkan khidmat bantuan menerusi kaedah perubatan Islam.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan informasi diperolehi tidak memaklumkan lokasi yang spesifik dan ianya lebih bersifat pelbagai seperti menyebut pokok, batu dan sungai.

“Mereka suruh cari di pangkal pokok, ada yang kata celah batu, jadi kami pun tak tahu mana satu.

“Apa pun kami ucapkan terima kasih kerana sanggup membantu, jumlahnya terlalu ramai termasuklah mereka yang dari Sabah dan Sarawak, ada yang menghubungi kami menerusi telefon, mesej dan ada yang datang sendiri berjumpa.

“Tidak kurang yang mengirimkan kata-kata semangat dan doa menerusi Facebook,” katanya.

 

Mengimbas kejadian 23 Mac lalu, beliau berkata, sekitar jam 12 tengah hari, talian telefon Mohammad Ashraf masih berfungsi, namun panggilan yang dibuat oleh isterinya itu tidak diangkat.

Jelasnya, panggilan seterusnya dibuat sekitar jam 3 petang apabila mangsa tidak kunjung tiba di garisan penamat, namun talian telah ditutup.

“Kami tidak pernah berputus asa dan harapan kami menerusi operasi pencarian ini sedikit pun tidak pudar.

“Kami berharap Acap akan tetap muncul walau terpaksa tunggu lama,” katanya.

Mohammad Ashraf atau panggilan mesra Acap bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar, Johor disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25km.

‘Kami Dibawa Ke Tempat Acap Disembunyikan’ – Perawat Ini Kongsi Pengalaman Aneh Di Gua Tempurung

Menerusi Facebook, Pangiran Nur Satria Aduka kongsi pengalamannya sebagai ‘perawat’ ketika menjejak kaki ke lokasi bagi membantu mencari mangsa.

Pengalaman di Gopeng

“Acap, balik nak... Mak ada kat sini,” - Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung

Perkongsian Coretan di Gopeng tanggal 31 March 2019 Hari ke-9 KEHILANGAN ACAP 

Bukan mencari credit atau tunjuk hebat atau orang yang berilmu tapi sekadar membantu dan mengajak para pengamal kerohanian lain turun bantu. Selama ini banyak aktiviti SAR kat turun padang tapi senyap-senyap. Izinkan pertama kali saya share sebagai pedoman atas pengalaman. Kami pasukan rawatan kerohanian Gayong Maarifat Kuala Lumpur telah tiba di Gua Tempurung anggaran 1PM.

Berjumpa dengan Ketua Team Mossars untuk mendengar taklimat mengenai kehilangan dan apa sahaja kemungkinan yang telah berlaku untuk hari ke-9 Acap hilang. Difahamkan seramai 600 sukarelawan telah terlibat dalam pencarian ini dan hampir 100 ahli bomba dan mungkin lebih dari 100 ahli bomba telah turun padang mencari “hint” Acap tapi tidak dijumpai apa-apa pun kecuali botol minuman Acap yang telah disahkan oleh isterinya sendiri.

Anjing pengesan juga gagal

“Acap, balik nak... Mak ada kat sini,” - Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung

Selain itu, tidak ada apa-apa hint lain yang dijumpai sepanjang 9 hari pencarian. Maka ramailah orang yang punyai “ilmu kerohanian” datang menggunakan cara masing-masing sejak hari ketiga Acap hilang.

Tapi tiada jalan yang di jumpai. Kami juga seramai kekuatan 4 orang tidak terlepas untuk beri bantuan misi mencari Acap. Maka setibanya di sini, banyak lah versi versi yang di ceritakan dan banyak info info palsu juga yang tersebar.

Pihak bomba dan lain-lain tiada pilihan tetap terima apa jua info memandangkan menemui jalan buntu setelah 7 hari berlalu. Anjing pengesan juga gagal dan pening matanya. Kami bergerak mencari lokasi Acap melalui trail.

Terus menuju beberapa tempat dan singgah ke Bukit Batu Putih dan kami daki. Ada beberapa tempat di sana kita “interaksi” dengan “makhluk sana” tapi mereka menyatakan Acap tiada di situ. Tidak berpusing-pusing sekitar situ tapi lebih kepada kawasan yang punyai air seperti tasik/sungai/aliran anak sungai.. Wallahualam…

Pengalaman saya sendiri sebagai perawat

“Acap, balik nak... Mak ada kat sini,” - Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung

Jika di lihat kembali, di sinilah penuh maklumat palsu. Ada yang claim sudah di “scan” jarak jauh dan suruh sukarelawan buat itu ini. Dikatakan berada “di situ dan di sini”. Tapi kebanyakan dari mereka yang “tunjuk pandai” ini tidak datang pun ke tapak kejadian.

Doa memang boleh di galak kan sekali tapi siap cakap di sana ada “itu dan ini” memang kita katakan mengecewakan ramai pihak terutama sukarelawan. Mereka tahu bercakap tapi tak datang. Suruh itu ini kepada pasukan sukarelawan seolah olah semua sukarelawan ini ada kemahiran “kerohanian”.

Kalau hebat sangat datang lah sini. Lihat depan mata. Pengalaman saya sendiri sebagai perawat. Melihat tempat hutan dan gua sekitar sini. Masing-masing mempunyai “frekuensi gelombang” yang tidak sama dan mempunyai “kepala” yang berbeza-beza. Jika ada yang kata kena “tunaikan syarat” kena “lepaskan ikatan” bagai tu. Datang turun dan saksikan sendiri lah dan bicara sendiri dengan “penduduk sini”.

Tunjukkan bakat jarak jauh yang hebat itu. Yang penting sama sama usaha selamatkan mangsa. Geng paranormal suka cari hantu. Sekarang cari lah Acap pulak, hantu nak buat hape di cari geng.

Sedangkan trail itu hanya sehala

“Acap, balik nak... Mak ada kat sini,” - Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung

Ada yang Islam dan yang kafir. Terlalu ramai kerna kawasan sekitar sini batu batunya shaja sudah berusia ribuan tahun, inikan “penduduk asal” sana. Mengikut hasil kajian dari sudut kerohanian. Acap sudah di alihkan ke tempat lain dan bukan lagi Bukit Batu Putih. Kami telah di panggil oleh wakil sukarelawan setelah turun dari Bukit Batu Putih.

Ini juga ada kisah pelik. Di mana seorang runner dari wakil itu mencari kami dan berlari ke Bukit Batu Putih tapi tidak jumpai kami sedangkan trail itu hanya sehala. Runner itu bertanya pada orang yang  di jumpai bersalam dengan kami tak sampai 1 minit cakap kami baru berlalu tapi runner tak jumpa kedudukan kami ketika itu.

Wallahualam.. Seterusnya kami di temukan di lokasi kereta bawah Bukit Batu Putih. Maka di situ bermula perkenalan kami dan kami di bawa ke satu tempat yang dirahsiakan yang di syaki Acap di “sembunyikan” di kawasan itu, bersebelahan dengan trail 25KM berdekatan Gua Kandu. Kami mula memasuki kawasan itu sekitar 5PM. Berhutan, dimulakan dengan bacaan ayat Al Quran.

Angin kuat, pokok besar tumbang

“Acap, balik nak... Mak ada kat sini,” - Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung

Suasana sudah mendung ketika itu. Kebetulan semasa bacaan dalam 10 minit hujan yang amat lebat dan ribut yang terlalu kuat menjelma ketika bacaan di alunkan. Suasana menjadi agak sukar sebab angin kuat dan ranting-ranting pokok semua terbang. Lalu, takdir Allah ketika kami masih alunkan bacaan dalam keadaan basah. Sebuah pokok yang amat besar sepemeluk telah tumbang tidak semena mena patah di tengah.

Angin menjadi lebih kuat dan ketika itulah kita dapat firasat Acap berada di sana. Bagaimanapun, kami berhujan dan basah segala apa wallet, handphone smua basah tetap kami teruskan kerna “hampir hampir” sahaja mendapat klue Acap. Niat kami jika tidak dapat Acap tapi dapat bukti fizikal seperti topi atau beg nya juga sudah mencukupi.

Tak semudah yang disangka

“Acap, balik nak... Mak ada kat sini,” - Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung

Ternyata, ia amat sukar. Kelibat orang berlari memang kami rasakan di mata dan cuba menarik nya supaya tdak berada dalam dimensi ghaib tapi keadaan amat sukar. Ia bukan semudah yang di sangka.. tidak semudah ABC. Kerna ada sesuatu makhluk lain takuti di sana. Seolah-olah ada yang berpangkat tinggi dan yang lain-lain mampu melihat sebab “kasta rendah”.

Ada beberapa kemungkinan dari segi kerohanian tidak berfakta mengapa dan di mana Acap tapi yelah apabila tiada bukti fizikal maka laporan akan jadi sukar dan kita tidak maklumkan kepada sesiapa buat masa itu.

Sebelah malam kami datang kembali dengan kekuatan 15 sukarelawan tapi seolah-olah sudah tiada apa lagi di kawasan yang sama itu. Hanya wangian yang amat wangi dan salah satu team iaitu di bawah saya kami nyaris di sesatkan dan jumpai poko-pokok yang besar dan pokok itu tidak sepatutnya di kawasan itu. Wallahualam kerna keadaan malam amat gelap.

Jadi, kesimpulan di sini. Mana-mana yang pengamal kerohanian tu usahlah hanya sekadar bicara omong kosong dari jauh semata mata. Sudah terlalu ramai yang bicara begitu dan berikan maklumat atas n4fsu dan palsu.

Pulang tanpa sebarang bukti fizikal

“Acap, balik nak... Mak ada kat sini,” - Ibu mimpi Ashraf di Gua Tempurung

Datanglah sendiri bawa bantuan dan kebolehan anda, bukan hanya tampilkan “pendekar pena” semata mata. Kami sendiri datang dan saksikan sendiri dengan pengalaman dan keluar kos sendiri semata mata niat nak bantu Acap. Kami akui kami “hampir” dapat tapi hakikatnya tetap tidak berjaya, pulang tanpa sebarang bukti fizikal.

Soal berjaya atau tidak kami redha dan serahkan pada Allah. Apa-apa pun kita berada di sana sudah sampaikan pesanan kepada makhluk-makhluk di sana akan ada lebih ramai perawat datang dan sekiranya masih tidak di jumpai. Saya dan pasukan akan hadir kembali dengan persediaan yang lebih.

Sama sama kita doakan urusan ahli bomba dan ahli sukarelawan di permudahkan. Hidup atau m4ti Acap biar Allah yang tentukan. Pelbagai kemungkinan sudah di lakukan kini hanya serah dan tawakkal pada Allah. Jutaan infiniti terima kasih kepada pasukan sukarelawan dan bomba. Kami saksikan sndiri anda tidak pernah putus asa, 24 jam tiada henti.

Sebelum ada yang komen merepek tak percaya. Kembali kepada Rukun Iman. Beriman Kepada Perkara Ghaib. Al Fatihah.

Sumber dari Sinar Harian via theklasik

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply