Hiburan
“Dah minta orang lain buat skrip, tetap tak mampu kawal perasaan” – Pembaca berita undang sebak penonton

Azawate tidak dapat menahan sebak pada hari terakhir baca berita di Buletin Utama.
PENYAMPAI berita Buletin Utama, Azawate Zenol Abidin telah menyentuh hati penonton pada hari terakhirnya bersiaran malam pada Ahad berkata, dia gagal mengawal perasaan sedih terutama ketika diraikan rakan petugas lain.
Azawate, 44, berkata, dia mula berasa sebak ketika mengucapkan kata-kata terakhir selepas 15 tahun menjadi penyampai berita untuk saluran TV3.
“Saya seorang yang memang cepat tersentuh, namun saya sudah beritahu rakan-rakan lain bahawa malam itu saya tidak mahu menangis.
“Jadi saya minta orang lain buat skrip, jika tidak ia menjadi lebih emosi. Saya hanya fikir tak mahu menangis dan baca sahaja skrip yang disediakan oleh mereka.
“Namun, saya tetap tidak dapat mengawal perasaan terutama apabila rakan-rakan keluar ke set dan bawa kek untuk saya,” ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.
Azawate (kiri) bersama rakan-rakan penyampai lain.
Azawate ialah antara 24 orang kakitangan di bilik berita TV3 yang menamatkan perkhidmatan menerusi Skim Pemberhentian Sukarela (VSS),
Azawate berkata, ia bukan kali pertama dia menjadi tulur gara-gara menitiskan air mata ketika menyampaikan berita.
Katanya, sebagai seorang yang mudah tersentuh, ia merupakan satu cabaran buat dirinya setiap kali membaca berita sedih.
“Saya memang cepat tersentuh terutama bila menyampaikan berita sedih kerana saya menghayati setiap yang saya baca.
“Paling saya tidak dapat mengawal perasaan ketika insiden MH 360 dan ia memang memberi kesan kepada saya. Malah sampai sekarang pun jika bercakap tentang peristiwa itu saya masih sebak,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azawate yang memulakan kerjaya bermula tahun 2004 itu berkata, keikhlasan adalah tip yang paling utama dalam penyampaian berita.
“Tip utama ialah membaca dengan ikhlas agar apa yang disampaikan memberi kesan kepada penonton.
“Tidak perlu terlalu mencuba, ia satu tanggungjawab untuk kita sampaikan kepada masyarakat,” ujarnya.
View this post on Instagram
It wasn’t the goodbye…but the love and friendships that deeply touch my heart… #farewell #mss #love
Sumber: Mstar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
-
Hiburan6 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan10 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan10 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan10 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan10 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan10 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan9 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan10 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’