(Video) “Aura pembaca berita masih ada” – Netizen Terubat Rindu Lihat Permaisuri Selangor ‘Baca Berita’, Ucap Selamat Ulangtahun RTM Ke-73

Seperti yang rakyat jelata semua tahu, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sebelum menjadi permaisuri dulu, pernah mempunyai karier yang hebat dalam bidang kewartawanan. Kalau korang jenis yang rajin tengok berita TV1, korang mesti akan rindu cara penyampaian berita baginda yang sopan santun dan jelas tutur bicaranya.

Namun begitu, rasanya rindu korang pasti akan terubat apabila page Instagram Selangor Royal Official memuat naik video Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan ucapan ringkas. 

Tengku Permaisuri Selangor ucap tahniah sempena Hari Ulangtahun RTM Ke-73

Menerusi perkongsian video di Instagram, Tengku Permaisuri Selangor selaku bekas kakitangan RTM telah menyampaikan ucapan tahniah kepada stesen televisyen tersebut yang hari ini menyambut ulangtahun ke-73nya.

Tambahnya, sebagai seseorang yang pernah bertugas di stesen tersebut,baginda telah menganggap warga kerjanya terdahulu sebagai ahli keluarga sendiri dan kenangannya di sana pasti takkan dapat dilupakan selamanya. Awww!

VIDEO  :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

? 1 April 2019 ~ TITAH UCAPAN TAHNIAH OLEH DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN SEMPENA HARI ULANGTAHUN RTM KE-73 ✨ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulangtahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat. Bukan mudah untuk RTM mengekalkan reputasi dan pencapaian terbaik sejak mula ditubuhkan, namun sehingga kini segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan setiap warga kerjanya telah membuahkan hasil dan menempatkan RTM sebagai penyiar terunggul di negara ini. Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan. Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar. Saya turut ingin mendoakan agar seluruh warga kerja RTM sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. TAHNIAH SEKALI LAGI RTM UNTUK 73 TAHUN YANG CEMERLANG!

A post shared by SelangorRoyalOfficial (@selangorroyalofficial) on

1 April 2019 ~

TITAH UCAPAN TAHNIAH OLEH DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN SEMPENA HARI ULANGTAHUN RTM KE-73

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulangtahun RTM yang ke-73.

Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.Bukan mudah untuk RTM mengekalkan reputasi dan pencapaian terbaik sejak mula ditubuhkan, namun sehingga kini segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan setiap warga kerjanya telah membuahkan hasil dan menempatkan RTM sebagai penyiar terunggul di negara ini.

Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.

Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.Saya turut ingin mendoakan agar seluruh warga kerja RTM sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.

TAHNIAH SEKALI LAGI RTM UNTUK 73 TAHUN YANG CEMERLANG!

Gaya tak ubah macam dulu… Salah satu sebab patik tengok berita RTM zaman-zaman tuanku” 

Video yang dimuat naik Selangor Royal Official ini ternyata menggamit memori netizen yang merindukan pembacaan berita tuanku. Tambah-tambah pulak gaya tuanku baca ucapan tu… tak ubah langsung macam masa zaman jadi penyampai berita dulu. Hebat sungguh! 

“Sedaplah dengar Tengku Permaisuri bercakap”

Sumber: Instagram

Sukanyaa dengar tuanku berbicara. Admin admire sangat Tengku Permaisuri Selangor ni sebab dia sentiasa nampak sopan, cantik dan beauty with brain! Untung rakyat Selangor! 

Sumber: lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply