Connect with us

Hiburan

Ini Respon Pengarah Dan Pelakon An Nur 2 Yang Di Tegur Penonton Tentang Bacaan Al-Quran Yang Ada Kesalahan Jelas

Published

on

Mengikut bharian, Pengarah Nur 2, Shahrulezad Mohameddin sudah mengarahkan produksi drama itu untuk memperbetulkan kesilapan bacaan al-Quran pada episod pertama drama rantaian itu yang disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3, malam tadi.

 

Shahrulezad berkata, sebagai pengarah, dia memikul sepenuhnya tanggungjawab itu dan bersedia memperbetulkan kesilapan itu untuk tayangan di platform digital.

“Saya ambil sepenuhnya tanggungjawab atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Saya tahu jika silap sebutan, jadi lain maksudnya.

“Saya bagaimanapun, sudah mengarahkan produksi merakam semula bacaan ayat terbabit untuk siaran platform digital, tonton.com dan iflix.

“Ia kesilapan saya dan dengan rendah hati, saya mohon ampun serta maaf atas kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman sosial, Instagram.

Perkara itu dibangkitkan penonton, Afifi Hassan menerusi Twitter yang menegur produksi drama itu supaya menyemak bacaan al-Quran pada awal babak episod pertama kerana terdapat beberapa kesalahan jelas.

Penonton Afifi Hassan Menegur Supaya Pihak Penerbit Menyemak Bacaan Al-quran

Antara Kesalahan Yang Di tegur : Semoga Lebih Peka Di Masa Hadapan

 

 

Respon Pengarah : Arah Rakam semula bacaan ayat Al-Quran itu

Pengakuan Dari Atiq Sendiri :

ATIQ (tengah) bersama barisan pelakon Nur 2 iaitu Noorkhiriah, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Azhan Rani. Foto IG Radius One

Sementara itu, pelakon Atiq Azman yang membawa watak Mirul dalam drama itu turut meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya dan berterima kasih kepada individu yang menegur.

“Saya terlalu yakin dengan bacaan hingga melakukan kesilapan. Saya minta maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu. Terima kasih kerana menegur.

“Saya tidak takut jika orang lain tahu mengenai perkara ini, malah apa yang berlaku ini memberikan saya pengajaran. Saya lebih takut Allah tidak memaafkan sekiranya saya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan.

Rata-rata komen memuji pelakon ini kerana mengaku kecuaian diri sendiri dan memohon maaf ats kesilapan tersebut :

“Saya harap semua pihak dapat memaafkan kesalahan saya kerana yang baik itu datang daripada Allah, manakala yang buruk daripada diri sendiri. Kami akan membuat rakaman semula untuk memperbetulkan bacaan itu,” katanya dalam satu maklum balas terhadap kenyataan Shahrulezad.

Sumber : obulan   bharian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending