“Takdela Orang Ngata2” Bella Dally Post Foto Kahwin, Namun ‘Dulang Tertutup’ Jadi Tumpuan

Baru-baru ini, dunia hiburan menjadi perhatian ramai apabila selebriti terkenal Fasha Sandha dan Bella Dally telah pun bergelar isteri kepada jejaka pilihan masing-masing.

Membuatkan ramai peminat tertunggu-tunggu foto bahagia Bella dan menerusi Instagram, Bella telah berkongsi moments indah ketika hari bahagianya bersama suami, Arif Izuddin dan ia menerima pelbagai pujian daripada netizen.

Sama cantik, sama padan!

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Kindest souls. Thank you for making my big day extra special just by being there for me and feeding me with french fries ? May God bless you both always ❤️ @nurulzulkifli @mira_zulkifli

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Reception makeup was done by none other than the bubbly @ynasakinah ?? . . . #arifringsbell

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

Bella kelihatan sangat cantik!

Good idea..

Tidak ketinggalan juga, Bella turut berkongsi beberapa keping foto berkaitan majlis perkahwinannya kepada netizen dan yang paling menarik perhatian apabila Bella berkongsi ‘dulang hantaran’ yang dikatakan satu idea yang baik.

Digelar sebagai ‘dulang tertutup’, ia membuatkan netizen juga turut tertarik dengan konsep tersebut sehingga ada yang ingin memilih konsep dulang tertutup di hari bahagia mereka.

Antara komen netizen yang tertarik dengan konsep dulang tertutup Bella di hari bahagianya yang dimuat naik menerusi Instagram sehingga meraih lebih 80 ribu likes.

Sumber: Bella Dally via hcl

Artikel berkaitan “Cerita Kita tiada kaitan dengan Bella – Nazim”

PELAKON Nazim Othman mengakui terkesan dengan perkahwinan bekas isterinya, Bella Dally yang berlangsung semalam. Nazim, 35, berkata perasaan itu timbul kerana menyedari kesilapan dan kekurangan diri hingga gagal menyelamatkan perkahwinan mereka yang dibina dua tahun lalu.

“Ini perkara yang orang luar tidak tahu. Saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menunjukkan perasaan sebenar. Malah, saya tidak ‘wish’ pun di sosi4l media. Cukup orang tahu saya mendoakan kebahagiaan buatnya yang pernah diluahkan padanya depan-depan,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia tidak boleh marah atau d3ndam kerana perc3raian berlaku atas pilihan sendiri serta perlu menerima ketentuan dan hakikat.

“Saya kena belajar. Pokok pangkalnya dalam rumah tangga adalah lelaki. Saya mengambil iktibar daripada pengajaran perkahwinan terdahulu. Sejujurnya, saya masih terkesan lagi. Saya akui perkara ini. Sedikit sebanyak masih ada. Terkesan sebab kenapa tidak pertahankan dan tidak kuat.

“Saya marah dan rasa ralat pada diri. Dalam beberapa bulan selepas bercer4i, saya ‘down’. Kemudian saya kembali okey selepas maafkan diri sendiri,” katanya. Nazim yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Cerita Kita di Kuala Lumpur berkata, dia mendoakan kebahagiaan bekas isterinya.

“Bella ada jemput ke majlis semalam, tapi dalam nada bergurau. Kalau dia jemput sekali pun, saya memang takkan pergi kerana menghormati banyak pihak. Meskipun pada hakikat antara kami tidak ada sebarang masalah. Malah, hubungan saya dengan keluarga bekas mentua masih baik dan masih berhubung.

“Saya mendoakan semoga ikatan perkahwinan Bella dan suami kekal hingga ke jannah. Saya tidak ‘wish’ di media sosial kerana cukuplah orang tahu saya memang mendoakan kebahagiaannya. Malah pernah beritahu dia depan-depan perkara ini,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu ciptaan Omar K dan Audi Mok itu, Nazim berkata ia tidak ada kaitan dengan kisah perceraian dan perkahwinan bekas isterinya.

“Lagu ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau majlis yang berlangsung. Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu ketika masih bersama Bella. Malah Bella pernah dengar dan memuji lagu ini.

“Saya tidak kisah apa pun persepsi orang terhadap lagu ini. Apa yang penting, ia memang dihasilkan atas idea dan jalan cerita saya sendiri. Bahkan lirik lagu ini pun saya tidak tengok hingga ia disiapkan. Saya tidak ubah satu pun,” katanya.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 dan bercerai pada 2 Mei tahun lalu. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sumber hmetro.

Sumber: Cokelatputih

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply