Connect with us

Hiburan

“Aku harap mu tarik aku masuk Syurga ya..” – Heliza Bongkar ‘1001 Rahsia’ Tentang Mila Jirin..

Published

on

Baru-baru ini, penyanyi Mila Jirin telah dimasukkan ke h0spital atas masalah kesihatannya. Di Instagram miliknya, dia sempat meminta doa daripada netizen agar dia kembali sihat seperti sediakala. Tidak ketinggalan, sahabatnya iaitu Heliza Helmi juga sempat menziarahi Mila Jirin. Video lawatan tersebut ada dikongsikan, namun ruang kapsyen Heliza telah menjadi tumpuan kerana ia mendedahkan sisi lain Mila Jirin yang jarang kita ketahui.

Kata Heliza lagi, dia juga merasa terkejut saat mendengar berita penahanan Mila Jirin di h0spital

Dalam pada itu, Heliza sempat membongkarkan bahawa rupanya, Mila Jirin dan suaminya telah membuat pelbagai amal jariah. Perkara tersebut membuktikan bahawa p4sangan suami isteri tersebut sangat murah hati dalam berkongsi rezeki Keluhuran hati Mila Jirin dan suami membuatkan Heliza bersyukur kerana dapat menjadi sahabat kepada mereka berdua.

Selepas berkongsikan beberapa amal jariah yang dibuat oleh Mila Jirin, Heliza juga sempat menitipkan doa agar sahabatnya itu dirahmati Allah.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

|STATUS PANJANG| _ @mila_jirin mila_jirin , Syafakillah, Tohur In sha Allah _ Ya Allah, ntahlah mu.. sebak pula aku tengok video ni. Saat tau mu ada dalam hospital, aku terkejut sangat2. Dan, buat aku sangat rasa nak sebak nak nangis sebab ( actually kakja orang yg susah nak nangis, so bila tetiba rasa nak nangis tu mmg sangat menyentuh hati la tu ),dalam keadaan mu sangat lemah, mu masih boleh bertanya khabar sahabat sahabatmu, mu suruh aku rehat sebab aku kena surgery, padahal mu patut kena rehat _ Sahabat kakja @mila_jirin yang Kakja kenal, seorang insan yang terlaluuuuuuuuuu baik hatinya! Seriously, terlalu baik. Sejak dulu lagi bila ada misi kemanusiaan atau bantuan apa apa, beliaulah orang terawal akan bagi bantuan. Dan konsisten _ Beliau ada @restoran_embun_urai , dan setiap minggu mereka akan masak dan berikan anak anak tahfiz makan _ Dia tak pernah berkira, langsung tak lokek. @mila_jirin dan suaminya @isz_mustapha , mereka berdua super duper permurah _ Bukan soal duit sahaja mereka laju membantu, malah, mereka sponsor orang pergi umrah, tolong orang susah, sehinggakan kakja dapat tahu, pekerja mereka bersalin, mereka suruh pekerja tinggal di rumah mereka dan mereka jaga dan sediakan orang yang jaga pekerja mereka _ Banyak lagi kebaikan mereka lakukan . _ Itu buat aku jeles dengan mu dalam masa yang sama aku sangat sangat bersyukur jadi sahabatmu _ Mu ada cakap lebih kurang content dia macam ni , kalau lari ayat maafkan ya tapi lebih kirang maksudnya “tak ada apa lagi dah nak kat dunia, dah ada suami, anak anak, keluarga Alhamdulillah, banyak benda nak kejar untuk akhirat” _ Ustaz ada share kat Kakja tentang saham pahala AUTO PILOT, bila dorang tau ttg ini, mereka terus tak sabar nak TAKE ACTION utk buat saham Auto Pilot. mereka berebut-rebut nak bina masjid sendiri, sekarang mereka dah buat surau sendiri di Bizmilla Subang tak silap _ Haih la @mila_jirin , moga Allah kurniakan mu kebahagiaan dunia akhirat kekal abadi, moga Allah kurniakan mu Syurga Tertinggi di Syurga bersama keluarga tercinta…AAMIIIN ( MOHON AAMIINKAN SEMUA) _ Aku harap mu tarik aku dan keluarga serta sahabat lain masuk Syurga ya mu kalau mu tak jumpa kami di SYURGA? _ #thehelmis

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

Video dua sahabat ini ternyata membuatkan ramai netizen berasa sebak. Mereka turut menitipkan doa kesejahteraan untuk Mila Jirin.

Semoga cpt sembuh mila jirin. Mereka suami isteri sgt pemurah

Aamiin… sedih tgk video nim..

Allahu Akbar… dua2 hebat. Semoga Allah buka jalan untuk kak ayu ikut jejak ija… dlm usaha mendekati Allah SWT

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram helizahelmi via pnews.space

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Trending