Fasha Sandha Dan Suami Aidil Aziz Disuruh Sental Periuk Selepas Habis Majlis Bersanding. Fasha Sandha Siap Pakai Crown Lagi Time Sental

Hari ini berlangsungnya majlis bertandang bagi pasangan pengantin Fasha Sandha dan Aidil Aziz di Rembau Negeri Sembilan. Majlis yang diadakan di kampung halaman Aidil itu sangat meriah dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan dan para peminat.

Aidil dan Fasha sekali lagi menyarungkan busana bercorak songket warna kelabu rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Apa yang menariknya, majlis kali ini berkonsepkan melayu klasik, siap naik tandu lagi! Video ada dibawah ye ..

“SAYA begitu teruja apabila dipanggil ayah dan berharap Fasha membantu dalam rumah tangga ini,” kata pelakon, Mohd Aidil Aziz, 32, ketika ditemui pada majlis persandingannya bersama Fasha Sandha, 35, di Kampung Tanah Datar Gancong, Kota, Rembau hari ini.

Pelakon filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior itu berkata, anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, sudah memanggilnya ayah dan ia sesuatu yang baru dalam hidupnya.

“Sebelum ini saya bujang dan Fasha memiliki pengalaman berkahwin. Saya berharap dengan pengalamannya membantu rumah tangga kami,” katanya.

Ini dinamakan adat dan jarang kita lihat selebriti terkenal buat perkara begini. Biasa cuci atau sental periuk ini hanya dibuat di kampung (kalau buat masa dalam dewan pakai katering, tak ke pelik namanya).

Gambar tersebut dimuat naik oleh laman popular instagram Makcik Puaka. Memang comel sangat, Fasha Sandha siap pakai crown lagi sental periuk

“Sebenarnya jemputan hanya 3,000 tetamu dan melebihi jangkaan. Alhamdulillah makanan mencukupi dan tetamu tidak pulang dengan perut kosong,” katanya.

Sementara itu Fasha bersyukur ahli keluarga suami dapat menerimanya sebagai menantu termasuk dua anaknya.

“Dalam majlis ini, saya rasa sedikit kelainan mengikut adat dan budaya Negeri Sembilan,” katanya.

Katanya, dia bersyukur dua majlis yang dianjurkan berjalan lancar dengan persandingan di Perlis dibuat tertutup membabitkan ahli keluarga terdekat saja.

Majlis Bertandang Fasha Sandha dan Aidil Aziz berarak menaiki tandu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: awatttsyeikhh.com

Be the first to comment

Leave a Reply