Kenali Le Chiquito – Beg Paling Kecil Di Dunia, Mungkin Boleh Isi Kesabaran Anda Sahaja

Ingatkan masuk tahun 2019, dah tiada fesyen pelik-pelik. Tapi, kenalkan beg tangan (atau beg jari) paling kecil di dunia.

Sememangnya beg tangan merupakan aksesori pelengkap gaya yang wajib untuk dimiliki.

Namun bagi satu jenama fesyen dari Perancis ini, Jacquemus’ tampil dengan rekaan unik apabila mereka memperkenalkan beg tangan yang mungkin hanya muat disangkut pada jari anda sahaja.

Mungkin sesuai digayakan untuk tujuan bergambar dan bukan untuk kegunaan harian, beg yang digelar sebagai Le Chiquito itu dijual pada harga AS$500 (RM2,046) setiap satu.

Terdahulu, pengasas Jacquemus’, Simon Porte pernah menghasilkan beg tote, beg bahu dan beberapa jenis beg lain bersama rangkaian koleksi Le Mini Chiquito serta pernah digayakan oleh selebriti terkenal seperti Rihanna, Dua Lipa dan Kim Kardashian.

Jadi, kepada fesyenista di Malaysia, adakah anda sanggup membayar sejumlah wang untuk beg jari pelengkap gaya ini?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply