
PelakonNelydia Senrose hari ini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka, Kuala Lumpur.
Dalam majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat itu, Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat.
View this post on InstagramOMG, the way Hafez looking at baby. ?? #myotherhafeznel #nelydiasenrose #hafezhalimi
Pada majlis tersebut, Mohd Hafez menyerahkan mas kahwin berjumlah RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Dalam pada itu, Nelydia meluahkan rasa syukur segala urusan untuk menuju ke alam perkahwinan berjalan lancar dan dipermudahkan. Ujarnya lagi, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, namun ada sahaja halangan
View this post on Instagram#nelydiasenrose #myotherhafeznel #uqashasenrose #aprenamanrose #raysharizrose #oktoviamanrose ❤️
“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah.
“Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu.
“Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik. Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan,” katanya kepada BH Online.
Berkongsikan detik perkenalannya dengan suami, Nelydia memberitahu mereka pertama kali bertemu pada 6 April 2017 dan setahun kemudian Hafez melamarnya di Amsterdam, Belanda.
Difahamkan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama esok, manakala sebuah lagi majlis keraian akan diadakan di Kelantan pada Aidilfitri nanti.
View this post on Instagram
View this post on InstagramSaya pulak rasa sebak tengok nely nak nikah ? #nelydiasenrose #myotherhafeznel
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber : BH via IG
Leave a Reply