Sorry Straw Besi Kami Dah Jumpa Pengganti Dah…Straw Rumput!

Sejak larangan penggunaan straw plastik dijalankan di beberapa negara termasuk Malaysia, rata-rata pengguna telah beralih kepada material besi.

Namun, penggunaan besi ini dilihat sedikit mahal selain material yang kurang selesa bagi sesetengah pengguna.

Berita baik buat semua, di Vietnam seorang penduduk telah menjumpai altenatif terbaru iaitu dengan menggunakan rumput. Video proses pembuatan ini mula viral di Facebook dan kini sudah mencecah 1.5 juta tontonan dengan 27,000 perkongsian.

Difahamkan, straw ini diperbuat daripada satu spesis rumput yang digelar Lepironia Articilata. Rumput ini tumbuh di sekitar kawasan Mekong Delta, Vietnam.

Anda boleh lihat video proses pembuatan straw ini di bawah.

Video di bawah merupakan kesan pembuangan straw di merata tempat sehingga membahayakan seekor penyu.

Sehingga kini straw rumput hanya dipasarkan di sekitar Vietnam dan belum ada tanda-tanda dijual di negara lain. Sama-samalah kita tunggu apabila ia dipasarkan secara meluas nanti! 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply