Confirm Jadi Menantu Kesayangan! Fasha Sandha Masak Sarapan Memeriahkan Lagi Keluarga Besar Aidil

Comelnya bila melihat ragam pasangan pengantin baru, Fasha Sandha dan Aidil Aziz apabila kedua-duanya dilihat bersingsing lengan membasuh periuk belanga usai majlis.

Kandid bintang kami @fashasandha bersama suaminya, @itsaidilaziz selepas selesai majlis persandingan sebelah lelaki di Rembau, Negeri Sembilan petang tadi. Kedua pengantin mengikut adat untuk turut sama membersihkan periuk & kuali bersama penduduk kampung.

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 30 Mac lalu di Kangar Perlis. Memilih konsep traditional serba sederhana, pasangan mempelai ini diraikan lebih 5,000 tetamu terdiri dari sanak saudara, sahabat, peminat & teman selebriti.

Kami dari pihak pengurusan mendoakan kebahagiaan mengiringi perkahwinan ini senantiasa. Moga kalian berdua berkekalan ke jannah, inshaAllah!”

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Kandid bintang kami @fashasandha bersama suaminya, @itsaidilaziz selepas selesai majlis persandingan sebelah lelaki di Rembau, Negeri Sembilan petang tadi. Kedua pengantin mengikut adat untuk turut sama membersihkan periuk & kuali bersama penduduk kampung. . Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 30 Mac lalu di Kangar Perlis. Memilih konsep traditional serba sederhana, pasangan mempelai ini diraikan lebih 5,000 tetamu terdiri dari sanak saudara, sahabat, peminat & teman selebriti. . Kami dari pihak pengurusan mendoakan kebahagiaan mengiringi perkahwinan ini senantiasa. Moga kalian berdua berkekalan ke jannah, inshaAllah! ❤️❤️❤️ . #MindOrder #MindOrderManagement #MindOrderians #FashaSandha #FashaSandhaxMindOrder #AidilFasha

A post shared by MindOrder Sdn Bhd (@mindorder) on

Difahamkan, majlis ini berlangsung di sebelah keluarga pengantin lelaki di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Bahagia sangat tengok pasangan ini. MH doakan semoga hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke syurga.

Foto – Instagram Mindorder

Terbaru Aidil berkongsi video Fasha sedang memasak Nasi Goreng

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Sarapan ? . @fashasandha @melin511 @izharaziz_hqkingmangifera @nashrahfikrilee

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

KOMEN NETIZEN :

Fasha sangat gembira majlis kahwin nak buat cara kampung – Aidil Aziz

PELAKON Aidil Aziz tidak akan mengadakan majlis persandingan besar-besaran bagi meraikan perkahwinannya dengan aktres Fasha Sandha pada akhir Mac depan.

Sebaliknya kata Aidil atau Mohd Aidil Abdul Aziz, 32, dia dan Fasha sepakat untuk mengadakan kenduri kahwin berkonsepkan kampung pada majlis bertandang sebelah lelaki di Rembau, Negeri Sembilan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

. ▪️S O N G K E T▪️ . @rizmanruzaini . #aidilfasha #weddingrembau

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

“Tidak… Bukan di hotel sebaliknya kami mahu mengadakan kenduri kahwin ala tradisional di sebelah saya nanti bagi meraikan semua tetamu.

“Fasha sendiri sukakan konsep dan suasana kampung dan dia langsung tiada masalah dengan tema itu malah sangat gembira dengannya,” kata Aidil kepada mStar Online.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

. ▪️K A N D A R / T A N D U▪️ . Memang best moment ni. . #aidilfasha #rembau

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Aidil dan Fasha sepakat mahu adakan kenduri kahwin berkonsepkan kampung.

Fasha, 35, memaklumkan bakal disatukan sebagai suami-isteri dengan Aidil pada akhir Mac ini di Perlis namun masih belum menetapkan sebarang tarikh sebenar pernikahan mereka.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 18 November tahun lalu.

Dalam pada itu, Aidil berkata, persiapan hari istimewanya itu lebih tertumpu bagi meraikan tetamu memandangkan dia datang daripada keluarga yang besar.

“Persiapan untuk diri biasa sahaja… Apa yang menjadi tumpuan saya adalah bagi meraikan tetamu yang datang termasuk ahli keluarga saya yang besar.

“Selebihnya masih dalam proses dan semuanya berjalan dengan baik ketika ini,” ujarnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

. ▪️M O D E R N W E D D I N G▪️ . D R E S S & C O A T ▪️ @rizmanruzaini ▪️ . #aidilfasha

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Fasha dan Aidil bersama dua anak aktres itu pada hari pertunangan mereka.

Tambah Aidil, seperti mana individu bakal berkahwin yang lain, dia juga tidak terkecuali merasai debaran akan bergelar pengantin baharu namun meletakkan keyakinan semua urusan itu dipermudahkan.

Katanya lagi, buat masa ini juga dia sedang sibuk dengan karier seninya selain menguruskan perniagaan mangga iaitu Kingmangifera.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4 tahun.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

. ▪️A K A D N I K A H▪️ . Busana & Baju Melayu ▪️ @rizmanruzaini ▪️ . Songkok & Samping ▪️ @mz_exclusive_19 ▪️ . #aidilfasha

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Sumber : IG Aidil/Mstar/media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply