“Kesian encik husband makan sendiri..princess main henpon jerkk..” – Netizen mengusik nakal

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Sebelum acara akad nikah, majlis yang yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak menyaksikan Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat.Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala perancangan sejak awal tahun berjalan lancar.

Image result for nelydia senrose hafiz kahwin

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” katanya.

Ditanya mengenai detik perkenalannya, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. Setahun kemudian Hafez melamar Nelydia di Amsterdam, Belanda.

“Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu.“Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik. Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan,” kata Nelydia sambil menyifatkan pasangannya itu seorang yang menenangkan hati, selain melengkapi kehidupannya.

Esok, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama.Jika tiada aral melintang, kata bintang Encik Suami Mat Salih Celup itu, sebuah majlis keraian akan turut diadakan di Kelantan pada musim Aidilfitri nanti.

Sementara itu, beberapa video pernikahan Nelydia kelihatan mula membanjiri di laman media sosial. Dikongsikan oleh saudara mara, sahabat handai serta peminat rapat, rata-rata penonton tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan tersebut.

Dikatakan umpama pinang di belah dua, ramai yang memuji kecantikan dan ketampanan kedua mempelai. Namun begitu ada juga yang sengaja mengusik pasangan ini melalui video yang dikongsikan.

Sebaik sahaja selesai urusan pernikahan, Nelydia dilihat berehat bersama keluarga terdekat sambil ditemani Uqasha. Rancak berbual mengenai majlis persandingan yang bakal berlangsung esok, kelihatan Hafez menuju ke meja makan untuk mengalas perut.

Tidak menunggu lama untuk dijadikan point, beberapa peminat telah meninggalkan komen yang sengaja menimbulkan rasa kurang senang dengan mengatakan Nelydia hanya bermain HP dan kasihan melihat suaminya dibelakang sedang mencari makanan.

Walau bagaimanapun ianya hanya usikan kepada pengantin sahaja. Diharapkan pasangan ini bahagia ke akhirnya dan mampu melengkapi antara satu sama lain sebagai suami isteri.

Jom lihat gambar sekitar majlis akad nikah pasangan ini.

Sumber: Lubokviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Be the first to comment

Leave a Reply