Sariyanti Dan Jep Kongsi Wajah Terkini Dariya Inara, Kapsyen Jep Buat Ramai Terhibur

Pelakon Sariyanti dan Jep berkongsi beberapa keping foto terkini anaknya di akaun Instagram (IG) setelah hampir setahun melahirkan.

Siapa je tak kenal dengan Dariya Inara, anak kepada pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu yang semakin mendapat perhatian orang ramai.

Terbaru, Jep kongsi gambar anaknya, kapsyennya mencuit hati betul.. dengan caption ringkas tapi buat ramai terhibur:

Buat mini live nampak – jep

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buat mini love nampak ?? @dariyainaraofficial @sariyanti

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Menerusi entri di IG, Sariyanti dan Jep berkongsi wajah terbaru anaknya dengan caption::

Muka redho bila anak tanak tangkap gambar dengan ngan mama dia – sariyanti

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Muka redho bila anak tanak tangkap gambar ngan mama dia ?

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Comelnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau dengan mama senyum je. Suka buat gedik dia tu ?❤? @dariyainaraofficial . Manja macam Abah. ? . . Tudung : @pento_official

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Apa yang membuatkan peminat tersentuh hati, selepas Sari Yanti melahirkan anak, Jep telah mula memuatnaik #anakabah di setiap gambar anak.

Dariya Inara nama diberi menjadi penyeri hidup Jep dan Sari Yanti. Apa yang lebih menarik lagi, perkembangan Dariya yang dikongsikan dalam laman sosial Jep Sepahtu sendiri mencuri hati peminat dengan kapsyen – kapsyen lucu dari Abah Dariya sendiri.

Sebelum ni memang banyak gambar Dariya yang Jep kongsikan dan kapsyen amat lucu2 buat ramai terhibur…Ini kami kongsikan kompilasi gambar Dariya yang dikongsikan oleh Jep Sepahtu sendiri.

Lengan tu rasa tinggal abah belikan mentega je – Jep

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lengan tu rasa tinggal abah belikan mentega je ????❤️ @dariyainaraofficial @sariyanti #anakabah

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Ada budak kena marah semalam sebab tak nak minum susu -Jep

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ade budak kena marah semalam sebab tak nak minum susu ?? @dariyainaraofficial #anakabah

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Abah bagitau minggu ni abah takde main bola, mcm tu pulak reactionnya ? #anakabah @dariyainaraofficial

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Dah macamtu pulak pesen tidurnya… cubit pipi sendiri baru boleh tidur -Jep

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah mcm tu pulak pesen tidurnya.. Cubit pipi sendiri baru boleh tidur ?? @dariyainaraofficial @sariyanti #anakabah

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

 

Menerusi ruangan komen rata-rata pengikut IG kebanyakannya memuji kecomelan wajah bayi perempuan Sariyanti dan Jep yang dilahirkan pada May tahun lalu.

comelnyaaa anak depa niii

Comelnyaaa baby Dariya?Semanis mamanya

Sariyanti makin cantik la…anak pun comelll

Like mother like daughter..pretty

Tak sangka jep manja

Comeynya dia mcm mama dia jgk

Bukan itu sahaja, kehadiran Dariya Inara juga telah membuatkan Jep tampil dengan imej baru iaitu dengan berambut pendek.

Apa-apa pun semoga kehadiran Dariya Inara akan menguatkan lagi kasih sayang Jep dan Sari Yanti.

Sumber : Instagram Sariyanti dan Jep

Artikel Berkaitan

Ayah, Jangan Abaikan 6 ‘Kekosongan’ Ini Agar Anak Tak Mencari Pada Yang Lain

“Sayang, I tahulah you sibuk. Tapi, luangkanlah masa sekejap dengan anak-anak kita tu. Kasihan diorang, dah lama tak main dengan Papa.”

Anak-anak kebiasaannya lebih selalu berada di samping ibu berbanding ayah kerana tuntutan kerja. Tapi, ini tak bermakna si ayah menjadikannya sebagai alasan untuk tidak meluangkan masa berkualiti bersama mereka. Menurut Psychology Today, anak-anak yang rapat dengan ayah akan menunjukkan perkembangan positif secara emosi mahupun intelek.

Lelaki dan wanita dijadikan berbeza bukan sekadar pada fizikal, tetapi juga dari pelbagai sudut – cara mereka makan, cara mereka berpakaian, cara mereka bercakap, cara mereka ketawa, cara mereka menguruskan stres, dan macam-macam lagi. Maka, kedua-dua karakter ini penting dalam pembentukan identiti anak agar mereka belajar mencari keseimbangan.

Kalau salah satu daripadanya tidak dipenuhi, mungkin akan terbit ruang kosong, yang diikuti dengan rasa ingin tahu yang semakin mendalam dari hari ke hari. Apa yang bahaya, keperluan ini mungkin akan dicari oleh si anak dari tempat yang salah.

6 Peranan Ayah Dalam Memenuhi Kekosongan Hati Anak

Berikut adalah peranan ayah yang dapat menyumbang kepada keperibadian anak.

1. Penglibatan Aktiviti Harian

Sebuah penelitian di Brigham Young University mendapati bahawa penglibatan ayah dalam aktiviti harian – contohnya makan malam bersama, menonton TV, melakukan kerja rumah bersama keluarga – adalah jauh lebih penting kepada anak berbanding sebuah percutian mewah.

Walaupun aktiviti santai seperti percutian juga boleh memberi banyak impak positif kepada anak, namun mereka perlu memahami cara sebuah keluarga berfungsi dengan penglibatan seorang ayah.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

2. Teman Ketawa

Seperti yang kita sedia maklum, lelaki pada umumnya sukar menunjukkan kasih sayang berbanding wanita. Menurut sumber dari Warga Prihatin, ramai sekali anak-anak yang bermasalah tidak tahu meluahkan perasaan. Hidup mereka boleh dikatakan monotonous, seolah-olah mereka tiada perasaan dan tidak dapat bertindakbalas dengan suasana persekitaran

Justeru, seorang ayah boleh melatih emosi anaknya untuk bergelak ketawa bagi melahirkan rasa gembira. Tak perlu menjadi seorang profesional untuk menghiburkan anak. Anda boleh menyanyi bersama, melakukan gaya yang pelik, menggeletek, bermain, atau membuat suara lucu ketika membaca buku cerita. Jangan hanya mengharapkan anak tertawa semasa menonton kartun di TV saja. Tindakan ini amat bermakna kepada anak dan sama sekali tidak memerlukan belanja!

Foto Kredit: parentsavvy.com

3. Tempat Berkongsi Cerita

Pakar psikologi menyatakan bahawa bahasa komunikasi oleh lelaki dan wanita itu sangat berbeza. Semasa bercakap dengan anak, golongan ibu lebih suka meringkaskan ayat agar senang difahami oleh si kecil. Tetapi, berbeza pula bagi si ayah. Secara automatiknya, penggunaan bahasa ‘dewasa’ ini menyebabkan seorang anak terbiasa dengan perbendaharaan kata dan mampu menguasai kemahiran linguistik yang lebih baik.

Di samping itu, perbualan juga dapat merapatkan hubungan dan memupuk rasa percaya dalam diri anak.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

4. Sumber Keyakinan

Naluri si ibu adalah lebih fokus untuk melindungi si anak. Wanita lebih mudah risau, berhati-hati dan kurang mendedahkan anak kepada risiko. Sebaliknya, sifat maskulin yang berada dalam diri ayah kebiasaannya mahu anak mereka menjadi lebih berani. Bukan saja secara fizikal, tetapi juga secara emosi di mana mereka menggalakkan anak untuk mencuba idea-idea baru.

Dalam sebuah kajian, didapati bahawa semasa mengajar anak berenang, golongan ayah cenderung untuk berdiri di belakang anak supaya mereka dapat berdepan dengan persekitaran dan sosial. Sebaliknya, ibu-ibu pula akan melakukan perkara yang bertentangan demi keselamatan anak. Tiada yang betul atau salah dalam hal ini. Namun, peranan ayah tentu sekali membantu dalam membina karakter yang seimbang di samping meningkatkan keyakinan diri si anak.

5. Kasih Seorang Lelaki

Hubungan ibu dan ayah memainkan peranan yang besar dalam mata si kecil yang sentiasa memerhati. Mata-mata kecil ini penuh dengan rasa ingin tahu serta pertanyaan. Namun, tidak semuanya dapat diucap dek susunan kata mereka yang terhad. Maka, mereka belajar melalui pemerhatian.

Anak-anak, terutamanya anak perempuan yang rapat dengan ayah mereka lebih berpotensi untuk memiliki hubungan yang sihat dengan kaum lelaki kerana mereka memahami bagaimana seorang lelaki harus melayani seorang wanita. Mereka ini tidak mudah ‘tertipu’ dan mampu membezakan sifat lelaki yang baik dan sebaliknya. Mereka tidak senang-senang dipujuk rayu oleh lelaki kerana hati mereka telah dilimpahi kasih sayang seorang lelaki bernama ayah.

Foto Kredit: couplestherapyinc.com

6. Didikan Disiplin & Agama Yang Kukuh

Sumber menyatakan bahawa seorang ayah menekankan keadilan, ketegasan, dan tanggungjawab manakala seorang ibu pula lebih cenderung memberi kepentingan terhadap simpati, kasih sayang, dan pertolongan. Walaupun berbeza cara, kedua-dua kombinasi ini penting untuk mewujudkan disiplin yang menyeluruh diri anak.

Akhir sekali, dan yang paling penting, peranan ayah adalah untuk memastikan anak-anak diberi didikan agama. Walau sesibuk mana, pastikan anda tidak ‘lepas tangan’ dan menganggap urusan ini boleh dilakukan sepenuhnya oleh ibu mahupun cikgu.

Sementara itu dalam Islam, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Hak anak pada ayahnya adalah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila dia sudah cukup umur dan mengajarinya al-Quran.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).

Foto Kredit : furkannesli.com

via : sirap limau

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply