Connect with us

Hiburan

‘Saya tak akan berhenti dan akan terus mencari adik ‘ – Zahiruddin

Published

on

GOPENG: “Emak beritahu supaya terus mencari Acap dan jangan putus asa, sebab itu saya akan terus mencari adik saya sehingga jumpa,” kata Mohd Zahiruddin Hassan, 35, abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Menurutnya, walaupun keadaan kesihatan emak, Siti Maznah Khamis, 62, ketika ini kurang baik tetapi dia tetap memberi semangat dan mahu turut sama turun mencari adik.

Mohd Zahiruddin Hassan-Sumber FB Raja Annuar Adnan

Katanya, cuma dia dan ahli keluarga tidak lagi membenarkannya untuk ke atas bukit dan mintanya tunggu di bawah.

Mohd Zahiruddin berkata, dia sudah meredah sungai dan bukit di kawasan itu termasuk Bukit Batu Putih untuk mencari adiknya itu tetapi hingga kini masih gagal menemui sebarang petunjuk.

“Walaupun setakat ini belum ada satu pun barang peribadi milik Acap ditemui di kawasan operasi pencarian tetapi itu bukan alasan untuknya berhenti mencarinya.

“Usaha saya tidak akan berhenti selagi adik belum dijumpai dan akan melakukan pelbagai ikhtiar sehingga dia dijumpai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Ketika ditanya mengenai pelbagai pihak termasuk sukarelawan yang ingin membantu mencari adiknya itu, Mohd Zahiruddin berkata, dia dan keluarga berterima kasih atas bantuan semua pihak.

“Kami sekeluarga berterima kasih dan berharap sukarelawan dan orang ramai membantu dengan ikhlas hati serta tidak mengharapkan sebarang ganjaran kerana kami bukannya orang senang yang boleh berikan ganjaran.

“Memang jasa semua pihak yang turun membantu ini tidak dapat kami sekeluarga balas sampai bila-bila, cuma Allah yang boleh membalasnya,” katanya.

Sementara itu, kawasan belakang dan keseluruhan Gua Tempurung di sini, menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Acap, semalam.

Operasi itu membabitkan seramai 22 anggota termasuk empat pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Ketua Zon 1 JBPM Perak Mohd Khairul Jamil berkata, operasi pencarian itu adalah kali kelima dijalankan di kawasan Gua Tempurung.

Menurutnya, ia dijalankan semula di kawasan itu berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh pasukan SAR.

“Penumpuan diberikan di kawasan Gua Tempurung untuk hari ini (semalam) dan kita akan terus berusaha untuk melakukan pencarian serta berharap mangsa dapat ditemui.

“Selain bomba, bantuan turut diperoleh daripada polis, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan Jabatan Perhutanan, bantuan sentiasa diberikan semua agensi.

“Apa yang membimbangkan masih belum ada petunjuk tepat lagi bagi mengesan mangsa,” katanya.

Mohd Khairul berkata, pihaknya turut menasihatkan sukarelawan yang sudah mendapatkan kebenaran polis untuk membantu melakukan pencarian supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

“Selepas mendapat kebenaran polis, mereka perlu mengutamakan keselamatan kerana di dalam hutan terutamanya di pinggir hutan terdapat pelbagai binatang berbisa seperti ular dan lain-lain.

Anggota bomba sendiri ada menemui haiwan berbisa itu dan mengingatkan sukarelawan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di hutan,” katanya.

KEHILANGAN peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan sejak 23 Mac lalu bagaikan menjadi fokus utama netizen yang mahu mengikuti perkembangan semasa insiden itu.

Bermula dengan kisah sayu ibunya mencari Mohamad Ashraf atau mesra dipanggil Acap sehinggalah pengalaman pelik dilalui sekumpulan sukarelawan, ramai yang tidak putus asa menunggu perkembangan kes ini.

Namun tidak banyak kisah mengenai diri Acap didedahkan.

Selepas 14 hari Acap hilang, barulah abangnya, Mohd Zahiruddin, 35, mahu berkongsi mengenai sikap dan keperibadian mulia adiknya itu yang tidak diketahui ramai.

“Kalau kita tanya 20 kawan dia, rata-rata semua suka sebab dia bukan gemar bermusuh dengan sesiapa.

“Dia jenis tak banyak cakap. Memang kawan-kawan suka berkawan dengan dia,” katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Menurut Mohd Zahiruddin, adiknya itu amat menggemari sukan outdoor dan pernah menyertai ekspedisi pendakian di Lombok, Indonesia.

“Dia memang minat dan aktif dengan sukan outdoor, hiking pun sampai ke luar negara.

“Dekat tempat kerja pun dia incharge sebarang aktiviti outdoor, maknanya knowledge dia tentang outdoor memang ada,” katanya.

Ada orang kata dia jahat sebab netizen kata dia ambil batu simpan dekat kocek… dia ada niat tak baiklah masa berlari. Itu semua tak betul. Abang Acap

Malah Mohd Zahiruddin berkata Acap merupakan adik yang baik selain amat mengutamakan ibu mereka, Siti Maznah Khamis.

“Kalau dengan adik-beradik (dia) tak ada nak bergaduh ke apa ke… dan dalam ramai-ramai, dialah yang terbaik untuk jaga mak.

“Setiap kali jumpa mak, dia akan tanya mak sihat ke tak, mak dah pergi check up ke belum… ubat mak cukup ke? Dialah yang paling menjaga kebajikan mak kami.

“Adik-beradik lain memang tak boleh challenge (lawan), kira dialah champion… memang adik-beradik lain susah nak ambil alih tempat dia,” katanya.

Susulan itu, Mohd Zahiruddin turut terkilan dengan dakwaan mengarut netizen yang berkata sesuatu tidak baik mengenai anak keempat daripada enam beradik itu.

“Ada orang kata dia jahat sebab netizen kata dia ambil batu simpan dekat kocek… dia ada niat tak baiklah masa berlari. Itu semua tak betul.

“Kami keluarga dia, jadi kami tahu dia jenis yang macam mana. Saya pun pelik macam mana mereka tahu… mereka ada nampak ke… benda tak nampak tapi mereka cakap macam tu pula,” katanya dalam nada kecewa.

Sementara itu, Mohd Zahiruddin turut mendedahkan anak sulung Acap yang berusia setahun setengah turut merindui bapanya.

“Kami panggil anak dia Ecah, memang dia rapat dengan daddy dia. Setiap malam setiap kali nak tidur dia akan cari daddy dia.

“Biasalah budak-budak dia merengeklah… mungkin dia rindu sebab lama tak jumpa daddy dia,” katanya yang turut memberitahu isteri Acap sudah kembali ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari menyertai misi mencari suaminya.

Hari ini genap dua minggu misteri kehilangan Acap dan ia terus menjadi tanda tanya walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menjejaknya selepas tiba-tiba ‘ghaib’ ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak.

Setakat ini masih belum ada sebarang petunjuk baharu yang boleh membawa kepada penemuan Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor berusia 29 tahun itu. Sumber mstar

Sumber: HMETRO Via nalurikini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending