Hiburan
Teruja Dipanggil Ayah.. – Aidil Aziz Kongsi Saat Pertama Kali. Ini Amanah Jejai..

SAYA begitu teruja apabila dipanggil ayah dan berharap Fasha membantu dalam rumah tangga ini,” kata pelakon, Mohd Aidil Aziz, 32, ketika ditemui pada majlis persandingannya bersama Fasha Sandha, 35, di Kampung Tanah Datar Gancong, Kota, Rembau hari ini.
View this post on Instagram
. ▪️M O D E R N W E D D I N G▪️ . D R E S S & C O A T ▪️ @rizmanruzaini ▪️ . #aidilfasha
Pelakon filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior itu berkata, anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, sudah memanggilnya ayah dan ia sesuatu yang baru dalam hidupnya.
View this post on Instagram
“Sebelum ini saya bujang dan Fasha memiliki pengalaman berkahwin. Saya berharap dengan pengalamannya membantu rumah tangga kami,” katanya.
Mohd Aidil pada masa sama menzahirkan penghargaan terhadap bekas suami Fasha iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai atas ucapan tahniah menerusi laman sosial baru-baru ini.
“Amanah Jejai supaya saya menjaga anak-anaknya dengan baik akan cuba ditunaikan dengan penuh tanggungjawab, InsyaAllah,” katanya yang pernah bertemu Jejai tiga kali sebelum ini.
Mengenai anak, Mohd Aidil berkata, dia mahu memiliki tiga anak sendiri sebelum isterinya menyapa ‘boleh’.
Mohd Aidil berkata, majlis persandingannya berjalan lancar dengan kehadiran 6,000 jemputan membabitkan ahli keluarga, saudara mara, penduduk kampung dan rakan artis antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash dan ramai lagi.
“Sebenarnya jemputan hanya 3,000 tetamu dan melebihi jangkaan. Alhamdulillah makanan mencukupi dan tetamu tidak pulang dengan perut kosong,” katanya.
Sementara itu Fasha bersyukur ahli keluarga suami dapat menerimanya sebagai menantu termasuk dua anaknya.
“Dalam majlis ini, saya rasa sedikit kelainan mengikut adat dan budaya Negeri Sembilan,” katanya.
View this post on Instagram
. ▪️K A N D A R / T A N D U▪️ . Memang best moment ni. . #aidilfasha #rembau
Katanya, dia bersyukur dua majlis yang dianjurkan berjalan lancar dengan persandingan di Perlis dibuat tertutup membabitkan ahli keluarga terdekat saja
Sumber : harian metro via KL Menjerit
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
-
Hiburan6 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan9 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan10 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan10 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan10 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan9 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan9 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan10 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’