Nur Menang Besar Di Anugerah DFKL2019

Drama Pilihan Nur yang dilakonkan pasangan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli berjaya mendominasi enam buah trofi sewaktu berlangsungnya majlis anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) malam ini.

Berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), teraju utama drama tersebut, Syafiq Kyle dan Amyra Rosli diumumkan sebagai pemenang kategori Pasangan Pilihan.

Selain memenangi kategori Penulis Skrip dan Pengarah Pilihan menerusi kemenangan Shahrulezad, sekali lagi Syafiq Kyle memperoleh trofi kemenangan dalam kategori Aktor Pilihan malah kategori Antagonis Pilihan dimenangi oleh Azhan Rani.

Di samping itu, Janna Nick berjaya mempertahankan trofi kemenangan selepas memenangi kategori Aktres Pilihan menerusi drama Semerah Cinta Humairah.

Malam Anugerah DFKL 2019 dihoskan oleh Awal Ashaari ditemani oleh barisan penyampai anugerah seperti Amyra Rosli, Remy Ishak, Izzue Islam, Datuk Fizz Fairuz, Hannah Delisha, Zara Zya dan ramai lagi.

Anugerah DFKL 2019 turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Anuar Zain, Hafiz Suip, Hazama & Penglipur Lara, Sarah Suhairi, De Fam serta persembahan sketsa salingan mencuit hati oleh Mark Adam, Achey, Ain Edruce dan Ropie.

Gempak mengucapkan tahniah kepada semua pemenang DFKL 2019.

Berikut adalah senarai pemenang DFKL 2019:

Drama Pilihan: Nur – Radius One Sdn Bhd

Pengarah Pilihan: Shahrulezad (Nur)

Penulis Skrip Pilihan: Shahrulezad (Nur)

Aktor Pilihan: Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan: Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

Antagonis Pilihan: Azhar Hani (Nur)

Lagu Pilihan: Haqiem Rusli & Aman RA – Jatuh Bangun (Shah & Zam)

Drama Pendek Pilihan:

Orang Kita (Mohamad Edzuan)

Nelayan Siblings (Creative Details Filming)

Drama Rantaian Bahasa Cina Pilihan: My Sensei Nyonya – Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd

Sebelum ini Pengarah Syukur Drama Nur Menang Besar Di Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018). Meskipun dikrltik, formula pengarah drama dan penulis skrip popular, Shahrulezad Mohameddin yang berani menghasilkan drama tentang seorang ustaz yang bertemu dan secara tidak sengaja jatuh hati kepada seorang pelacur akhirnya berbaloi apabila drama Nur memenangi Anugerah Skrin 2018 yang diadakan semalam.

Walaupun sudah menjangkakan kemenangan drama tersebut, Shahrulezad bagaimanapun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi kerana enggan merasa tertekan.

Sejujurnya, saya tak suka apabila ada orang letak jangkaan terlalu tinggi untuk drama kita menang dan itu membuatkan saya jadi takut dan tertekan. Bayangkan kalau drama ini kalah, tak bawa balik apa-apa trofi, orang akan pandang saya lain macam dan tanya kenapa tak menang ya?

Sebenarnya, saya tak suka orang simpati kalau saya kalah. Alhamdullilah, rezeki memihak kepada kami malam ini.

Drama Nur bukan sahaja berjaya merangkul trofi Drama Rantaian Terbaik tetapi dua pelakon utamanya iaitu Syafiq Kyle dan Amyra Rosli turut memenangi kategori Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Katanya drama Nur 2 bakal memulakan penggambarannya tidak lama sahaja lagi dan pastinya sudah ramai yang tidak sabar apakah kesinambungan kisah Ustaz Adam dan Nur. Sama-sama kita nantikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply