Connect with us

Hiburan

“Ya Allah, Kau Temukanlah Anak Pakcik Ini” – Gambar Sayu Ayah Acap Ini Undang Sebak Netizen

Published

on

Hati ibu bapa mana yang tidak sedih jika anak kandung mereka hilang dari pandangan bukan?
 
Namun, itu lah yang sedang dilalui kedua ibu bapa Mohamad Ashraf Hasan, 23 atau dikenali sebagai Acap yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak, 23 Mac lalu.
 
Malah beberapa keping gambar memperlihatkan ayahnya sedang menunggu kepulangan Acap kini menjadi perbualan ramai kerana mengundang sebak.

Gambar yang dimuat naik di Twitter itu sehingga kini telah menerima lebih 24,000 perkongsian. Kebanyakkan netizen dilihat mendoakan supaya Acap ditemui dalam keadaan selamat.

 

https://twitter.com/azwanibtabdaziz/status/1114327998298120192

Untuk pengetahuan anda, Acap bersama 485 peserta lelaki dan perempuan lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer sebelum kehilangannya disedari oleh rakannya meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu, 23 Mac lalu.

Allahu! Permintaan IBU Acap Kepada Abang Acap Buat Ramai Berjurai Air Mata

“Emak beritahu supaya terus mencari Acap dan jangan putus asa, sebab itu saya akan terus mencari adik saya sehingga jumpa,” kata Mohd Zahiruddin Hassan, 35, abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Menurutnya, walaupun keadaan kesihatan emak, Siti Maznah Khamis, 62, ketika ini kurang baik tetapi dia tetap memberi semangat dan mahu turut sama turun mencari adik.

Mohd Zahiruddin Hassan-Sumber FB Raja Annuar Adnan

Katanya, cuma dia dan ahli keluarga tidak lagi membenarkannya untuk ke atas bukit dan mintanya tunggu di bawah.

Mohd Zahiruddin berkata, dia sudah meredah sungai dan bukit di kawasan itu termasuk Bukit Batu Putih untuk mencari adiknya itu tetapi hingga kini masih gagal menemui sebarang petunjuk.

“Walaupun setakat ini belum ada satu pun barang peribadi milik Acap ditemui di kawasan operasi pencarian tetapi itu bukan alasan untuknya berhenti mencarinya.

“Usaha saya tidak akan berhenti selagi adik belum dijumpai dan akan melakukan pelbagai ikhtiar sehingga dia dijumpai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Ketika ditanya mengenai pelbagai pihak termasuk sukarelawan yang ingin membantu mencari adiknya itu, Mohd Zahiruddin berkata, dia dan keluarga berterima kasih atas bantuan semua pihak.

“Kami sekeluarga berterima kasih dan berharap sukarelawan dan orang ramai membantu dengan ikhlas hati serta tidak mengharapkan sebarang ganjaran kerana kami bukannya orang senang yang boleh berikan ganjaran.

“Memang jasa semua pihak yang turun membantu ini tidak dapat kami sekeluarga balas sampai bila-bila, cuma Allah yang boleh membalasnya,” katanya.

Sementara itu, kawasan belakang dan keseluruhan Gua Tempurung di sini, menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Acap, semalam.

Operasi itu membabitkan seramai 22 anggota termasuk empat pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Ketua Zon 1 JBPM Perak Mohd Khairul Jamil berkata, operasi pencarian itu adalah kali kelima dijalankan di kawasan Gua Tempurung.

Menurutnya, ia dijalankan semula di kawasan itu berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh pasukan SAR.

“Penumpuan diberikan di kawasan Gua Tempurung untuk hari ini (semalam) dan kita akan terus berusaha untuk melakukan pencarian serta berharap mangsa dapat ditemui.

“Selain bomba, bantuan turut diperoleh daripada polis, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan Jabatan Perhutanan, bantuan sentiasa diberikan semua agensi.

“Apa yang membimbangkan masih belum ada petunjuk tepat lagi bagi mengesan mangsa,” katanya.

Mohd Khairul berkata, pihaknya turut menasihatkan sukarelawan yang sudah mendapatkan kebenaran polis untuk membantu melakukan pencarian supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

“Selepas mendapat kebenaran polis, mereka perlu mengutamakan keselamatan kerana di dalam hutan terutamanya di pinggir hutan terdapat pelbagai binatang berbisa seperti ular dan lain-lain.

Anggota bomba sendiri ada menemui haiwan berbisa itu dan mengingatkan sukarelawan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di hutan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending