“Komitmen untuk teruskan kerja” – Lawak Tapi Profesionalisme Wartawan TV3 Ini Disondol Lembu Masa Buat Liputan Dipuji

Nak kerja dalam bidang kewartawanan ni hati kena kental, kena beranikan diri untuk tempuhi cabaran-cabaran besar walaupun ianya berisiko tinggi.

Salah satu contohnya adalah macam wartawan penyiaran TV3, Juliana Sharin ni.

Professional, tak nampak takut dan komitmen untuk teruskan kerja

Tak dinafikan memang kelakar tapi sebenarnya dia ni sangat berani dalam mengendalikan tugasnya sebagai seorang wartawan penyiaran.

Jika diperhatikan dalam video ini, dia ditugaskan untuk membuat liputan aduan rakyat berkenaan dengan haiwan keliaran di satu kawasan ini.

Selaras dengan topik yang dibahaskan “Haiwan Keliaran Undang Bahaya” kerana masa tengah buat stand upper, dia sendiri kena sondol dengan lembu.

Keratan video daripada Buletin Utama itu menular di media sosial dan meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets dalam masa beberapa jam ia dimuat naik.

Rata-rata netizen terhibur meilhat galagatnya yang kesakitan lepas kena tanduk dengan lembu liar, namun mereka tetap puji dengan sikap komited wartawan penyiaran ini dalam menjalankan tugasnya.

Steady, kalau aku memang dah lari – Netizen 

Ramai juga yang mempertikaikan pihak produksi yang tak cut bahagian ini, bagi admin memang kena dengan mood cerita yang mereka nak sampaikan. Dah topik pun “undang bahaya” pasal lembu-lembu liar, mestilah nak kena tunjuk bahaya tu.

Kalau setakat nak menempel lawa-lawa takut-takut setakat nak tayang glamour untuk topik-topik macam ni baik tak payah.  Admin salute dengan wartawan ni.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply