
Mengejutkan bila mendapat tahu aktor kaya raya ini sudah lima tahun tidak berjumpa dengan anak perempuannya Suri Cruise bersama Katie Holmes. Persoalannya, kenapa boleh sampai terjadi keadaan sebegitu?
Dari saat dia dilahirkan, setiap langkah Suri Cruise telah menjadi tumpuan. Awalannya, dia disambut sebagai anak pasangan hebat Hollywood yang dikasihi ramai tetapi bila sudah meningkat besar, rata-rata terhidu hubungan renggang anak kecil itu dengan bapanya, Tom Cruise. Dengan pelbagai episod drama melanda, peminat seperti ingin tahu adakah Tom bertemu dengan Suri atau sebaliknya?
Tom berjumpa dengan Suri?

Pendek kata, jawapannya tidak. Dilaporkan sudah lebih empat tahun sejak aktor itu dilihat bersama Suri di khalayak umum. Kali terakhir foto mereka bersama pada September 2013, setahun selepas Tom dan Katie bercerai. Selepas itu, Suri dilihat sudah terbiasa hidup tanpa Tom.
“Tom telah keluar dari kehidupan mereka, dan anak beranak ini sudah move on,” jelas sumber terdekat kepada Life & Style.
Fahaman agama
Tidak ada jawapan yang jelas tentang kenapa Tom langsung tidak melihat anaknya, tetapi rata-rata menyalahkan fahaman agama yang dipegang oleh Tom sendiri.
Sumber dalaman sebelum ini memberitahu In Touch bahawa Tom telah menjauhkan diri dari anak perempuannya kerana aktif sebagai panganut fahaman Scientology. Penganut fahaman Gereja Scientology ialah golongan yang mengingkari takdir dan mengatakan setiap yang berlaku ada penjelasan sains tentangnya. Manusia semua bebas tanpa terikat dengan peraturan alam.
Hasilnya, Katie jarang sekali bercerita tentang bekas suaminya bila ditanya dalam setiap wawancara.
“Suri telah menyesuaikan diri hidup tanpa bapa di sisi dan Katie tidak mahu menyebut nama itu lagi yang hanya membuatkan Suri mula rindu untuk melihat Tom. Keadaan ini akan menjadi terlalu menyakitkan bagi mereka berdua,” jelas sumber dalaman.
Muncul lelaki baru dalam hidup Katie Holmes
Hubungan percintaan Katie Holmes dan Jamie Fox semakin kuat malah keserasian Jamie bersama Suri juga berjalan dengan baik.

“Katie semakin bahagia sejak Jamie muncul dalam hidupnya dan Suri, Jamie dilihat sentiasa berusaha memberikan kehidupan terbaik untuk Suri dan Katie sangat bersyukur untuk itu,” terang publisiti kepada Hollywood Life.
Masih ada harapan
Kematian ibu Tom, Mary adalah wake-up call untuk Tom. Tom kini mahu mewujudkan semula hubungannya dengan Suri dan mahu melihatnya dengan kerap. Walaubagaimanapun langkah Tom masih lagi samar-samar sehingga ke hari ini.
Harapnya kedua anak-beranak ini dapat bertemu juga.
Suri Cruise
Gambar Suri Cruise Terkini
Sumber: wanista via menujukebenaran
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply