‘Alahai.. Serious laa suara dia?! Cantik” – Ramai Terkejut Pemilik Suara ‘Upin Ipin’

Siapa yang tidak kenal dengan Upin & Ipin bukan? Filem terbaru mereka, ‘Upin Ipin Keris Siamang Tunggal’  kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Namun jika ditanya siapakah pemilik suara animasi popular inim rasanya tidak ramai yang kenal.

Kebetulan, baru-baru ini Asyiela Putri Azhar telah membuat kemunculan dalam satu video Motif Viral terbitan Thinker Studio. Maka ramailah netizen yang terkejut dengan penampilan baru gadis ini.

Lihat video:

Rata-rata netizen dilihat kagum dengan gadis ini kerana masih mengekalkan suara  Upin & Ipin biarpun sudah memasuki alam remaja. Difahamkan Asyiela Putri kini sudah berusia 19 tahun.

Untuk makluman, Asyiela Putri menyumbangkan watak Upin dan Ipin dalam siri animasi Upin & Ipin, menggantikan Nur Fathiah Diaz mulai musim keempat  pada tahun 2010 hingga sekarang.

Selain animasi, dia juga mempunyai bakat nyanyian apabila meminjamkan suaranya dalam album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin yang diterbitkan pada musim Aidilfitri 2011, serta menyanyi dengan memegang watak Upin & Ipin bersama Najwa Latif untuk lagu ‘Terima Kasih Cikgu’ pada tahun 2012.

Sumber : Astrogempak via klmenjerit

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply