Dah tak tahan, saya tiada daya lagi – Ras Adiba

PERKONGSIAN personaliti televisyen Ras Adiba Radzi mengenai perkembangan terbaharu masalah kesiha4tan membabitkan tulang yang ditanggungnya selama ini mengundang sebak netizen.

Menurut Ras Adiba, 51, dia menangis tanpa henti kerana gagal menanggung kesa4kitan itu pada awal pagi Rabu.

“Akhirnya. Dia tiba pada awal pagi. Leher, belakang dan tangan saya rebah kesa4kitan dan kejang. Kesa4kitan yang teramat.

 

Ras memuat naik status memberitahu keadaan dirinya.

“Tangisan dan esak saya tanpa henti, sa4kit saya tidak terperi. Tulang C3, C4 dan C5 saya sudah reta4k dan pec4ah.

“Sudah tiada tertahan lagi. saya tiada daya lagi,” kongsi Ras Adiba menerusi Instagram miliknya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mendoakan agar Ras diberikan kekuatan dan cepat sembuh.

“Bertahan Dib. saya tahu ia mudah untuk dikatakan daripada dilakukan. Tapi Allah tak akan menguji hambaNya lebih daripada yang mampu ditanggungnya. Doa saya sentiasa untuk awak.

Ras baru sahaja berkahwin dengan ahli perniagaan pada 16 Mac lalu.

“Semoga Allah meringankan kesa4kitan dan memberikan kesembuhan buat kak @rasadibaradzi yang tersayang. Banyakan bersabar ya akak.

“Ya Allah… Ringan dan sembuhkanlah kesa4kitan adikku Ras adiba Radzi,” tulis beberapa orang pengikut ruang komen Instagram.

Untuk rekod kecederaa4n tulang belakangnya itu berpunca daripada kema4langan jalan raya yang dialaminya pada 1996 dan dia disahkan lumppuh separuh badan pada 2002.

Ras Adiba baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali di Masjid Jamel Al-Khadijah Kuala Lumpur pada 16 Mac lalu.

“Rasa kepingin untuk berdiri walau sejenak”

Sebelum ini kisah Ras Adiba Radzi pernah tular apabila berkongsi perasaan terharu kerana diberikan bantuan kerusi roda yang membolehkannya berdiri.

Menerusi akaun Instagramnya, Ras meluahkan rasa syukur apabila diberikan bantuan berkenaan selepas lima tahun memendam hajat untuk membaca berita dalam keadaan normal.

” Lima tahun lalu saya berdoa agar dapat memilikinya. Setelah sekian lama tidak dapat berjalan, saya kepingin untuk berdiri walaupun ianya untuk sejenak.

” Suatu hari dua tahun lalu, ‘ia’ saya miliki tanpa disedari ialah apa yang saya pinta. Terima kasih Tuhan,” tulisnya menerusi entri terbaharu Instagram.

Ras Adiba sumber inspirasi ramai

Perkongsian itu mendapat perhatian peminatnya yang kebanyakan menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk terus berjuang dalam hidup walaupun ditimpa musibah.

” Semua orang sepatutnya menjadikannya sebagai inspirasi. Dia tidak pernah berhenti malah lebih kuat menempuhi segala dugaan yang menimpanya,” puji @danyqa89.

” Saya pun teringin memilikinya jika berkesempatan. Kak Ras adalah inspirasi buat saya,” tulis @aniza_fz.flp.

Mengimbas kembali kejadian hitam yang menimpanya, Ras mengalami kemal4ngan jalan raya pada tahun 1995 hingga terlantar k0ma.

Pada tahun 2001 dia diserang sekumpulan lelaki di hadapan kediaman keluarganya hingga menyebabkan keced3raan serius.

Setahun kemudian, Ras terjatuh ketika mengambil barang di dalam almari rumahnya hingga menyebabkan dia lump0h.

Sumber : mstar via citemalaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply