Amaran tsunami Indonesia, gempa bumi kuat 6.8 magnitud

Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Foto MetMalaysia

GEMPA bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan timur Indonesia pada Jumaat, dengan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memberitahu amaran tsunami dikeluarkan sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

USGS berkata, gempa tersebut melanda pada kedalaman 17 kilometer (km) dari pantai timur pulau Sulawesi.

Menurut pusat itu, ia berlaku di kawasan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud sehingga mencetuskan tsunami di sekitar bandar Palu tahun lalu, mengorbankan lebih 4,300 nyawa.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu adalah di Sulawesi, kira-kira 223km di utara Kendari, Indonesia.

Bagaimanapun, jabatan itu memberitahu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan amaran tsunami buat penduduk di kawasan pesisiran pantai di daerah Morowali.

Namun, tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini.

USGS bagaimanapun memberi amaran bahawa kerosakan yang besar mungkin berlaku terhadap struktur bangunan yang direka atau dibina secara tidak kukuh.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:- AFP / Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply