Wow Tak Sampai 24 Jam, Video Muzik ‘Donde’ Andi Bernadee Trending!

Selepas lagu ‘Satu Peluang’ mencetuskan fenomena, penyanyi muda Andi Bernadee muncul lagi dengan lagu terbarunya berjudul Donde.

Menariknya tentang lagu ini, tidak sampai 24 jam video muziknya dimuat naik di YouTube, ia kini telah tersenarai sebagai antara yang paling trending. Fuh!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

yay !! Donde #1 di Carta Rim ! Satu Peluang 26 minggu masih TOP 10 ! #teambebi #donde @warnermusicmy @andidearsofficial

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on

Malah sehingga artikel ini ditulis, video muzik Donde telah ditonton sebanyak 768,311 kali dah telah berada di kedudukan ke empat, video paling trending.

Untuk pengetahuan anda, lagu Donde merupakan kerjasama Andi bersama rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini.

Lagu ini turut menyuntik elemen muzik latin dalam susunan muziknya. Malah istilah ‘Donde’ itu sendiri datang dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘di mana’.

VIDEO :

Difahamkan, video muzik rasmi Donde arahan Azfar Hamidi daripada MTAS Production ini membawakan konsep lelaki psiko yang sedang mencari seseorang.

Single ‘Donde’ terbitan Warner Music Malaysia kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Lagu berjudul “Donde” ini juga turut mendapat tempat di hati netizen serta mendapat komen yang positif malah ada yang menganggap muzik video ini setaraf dengan antarabangsa.

MTAS great job.. andi and team terbaik.. lone this pieces so much..mv level hollywood

MV sangat vlean dan style (setaraf international) aku asyik replay je dari semalam.. sedap sangat lagu ni.. in love with the mv and the lyrics. nice work and tahniah.. Btw lagu ni sedih

Superb music video clip from MTAS. Good job Azfar Hamdi and production crew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:  Instagram andibernadee via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply