“HP vs Anak” – Ayah Main Game, Ibu Sibuk IG & Layan Anak Macam PENGEMlS..Teguran Untuk Ibu-Bapa Moden.

Ibu bapa ‘bertuhankan’ handphone 24 jam sehingga abaikan anak dan keluarga..Anak umpama mengemis kasih-sayang memohon perhatian dari mereka. Situasi ini seperti trend zaman kini kerap berlaku di mana-mana. Tak payah jauh, mungkin dalam rumah kita sendiri. Mungkin di kawasan kejiranan. Mungkin dikedai makan?

Pernah kah kita alami situasi, Seorang Ibu ralit melihat HP, sambil si anak menangis mengongoi meminta perhatian? Dijeritnya supaya diam! Muncul pula si Ayah memarahi kerana membuat bising dan membebel. Tetapi, di tangan galak memicit-micit mahu menumpukan perhatian dalam peperangan di mainan media sosial(game)..Pernahkah anda lihat?

Paling sakit, situasi bertuhankan HP sangat popular di meja makan. Cuba kita lihat dulu, saat berkumul di meja makan, umpama saat mesyuarat agung melapurkan aktivit & perkembangan harian. Masa ini Ibu akan update info terbaru perlu di tambah kepada si Ayah. Mengingatkan nasihat pada si anak.

Tetapi, “HP vs Anak”? Waktu bersama dengan keluarga tak lama..Kenapa kita mensia-siakan dengan perkara yang sia-sia. Wahai ayah, sungguh kau sibuk dengan mengetuai peperangan dalam talian. Tapi bagaimana tugasmu dalam mengetuai agama & didikan untuk isteri anak-anak dalam keluarga? Anda adalah ketua & pemimpin keluarga!

Wahai Ibu, sibuk manakah kamu melihat perkembangan hidup orang lain….? Tahu kah kamu wahai Ibu, punyalah ramai pasangan yang mahukan anak, tapi tidak diberi rezeki untuk memiliki? Berikan tumppuan pada anak anda dahulu.

Lihat perkongsian dari suasana sebenar & semoga menjadi iktibar :

Benda ni jadi jumaat malam hari tu. Dah banyak hari tapi acik asyik dok teringat je. Aksi meja sebelah. “ Tengok apa? Dari tadi tak lepas pandang? “ Tanya encik hensem kat acik.

Handphone macam kena gam kat tangan mak ayahnya

Sebenarnya dari awal sampai, duduk kat meja, acik dah tertarik tengok meja sebelah ni. Sepasang suami isteri. 2 orang anak perempuan, dalam lingkungan 1 & 4 tahun. Yang besar duduk sebelah ayah, yang kecik sebelah emaknya.

Dari awal acik sampai, handphone macam kena gam kat tangan mak ayahnya. Si kakak buat hal sendiri tengok keliling, tengok mak ayah yang tak angkat muka langsung daripada pandang handphone. Si kakak bercakap-cakap minta perhatian, tak dilayan. Tiba-tiba, gedegang. Si kakak dah jatuh kerusi, kasut basah masuk dalam longkang cetek laluan air.

Kemain kuat suara si ayah marahkan si kakak. Kenapa tak reti nak duduk diam? Orang lain duduk atas kerusi dia berdiri sebab tu jatuh. Acik tengok muka emaknya, mencuka. Si ayah angkat kerusi semula, anak dibiarkan bangun sendiri. Sikit pun tak tanya anak tu ok ke tak. Anak 4 tahun kot, jatuh. Tak risau langsung ke? Dua-dua mengadap handphone semula. Bila makanan sampai, si emak bagi youtube kat si kecik suruh diam. Mak ayah makan, si kakak terkebil-kebil sorang-sorang. Boring sangat agaknya, dia turun kerusi.

Muka macam singa

Pergi kat ayah, tak layan. Pergi kat emak, nak tau apa mak dia buat? Mak dia jerit kuat “ Eh apa masalah dia ni? Pergi duduk sana lah “. Muka macam singa, tangan tolak anak yang baru datang dekat nak pegang lengan emaknya. Waktu ni memang acik dah rasa macam nak pergi tendang mak dia. Budak ni anak angkat ke apa? Kalau anak angkat sekali pun tak boleh ke layan macam manusia? Pelayan kat food court pun dah start pandang-pandang. Bisik-bisik sesama sendiri.

Akhirnya budak perempuan 4 tahun tu tawaf meja makan dorang. Entah berapa kali tawaf, mak ayah dia buat tak tau. Sesekali dia berhenti, macam nak datang ke meja kitaorang. Acik senyum, tapi dia takut. Bulat mata dia tengok je Balqis & Aina makan sama-sama. Acik suap Aina. Balqis suap acik. Encik hensem suap acik. Bulat mata dia. Serius waktu ni acik dah nak menangis tengok budak tu. Mak ayahnya dah siap makan. Mata melekat kat handphone semula. Bila nak balik, si mak turunkan adik dari highchair, si ayah bangun menonong.

Si anak 4 tahun pergi kat ayah agaknya minta dipimpin tapi tak dilayan. Bila pergi kat mak, maknya sibuk dengan siadik. Acik dengar budak 4 tahun tu bercakap dengan maknya tapi tak dilayan. Akhirnya si ayah jalan depan. Si mak ikut sambil pegang si adik. Budak 4 tahun tu? Jalan sendiri kena tinggal kat belakang. Waktu ni lah encik hensem tanya acik pandang apa?

Berkaca dah mata acik waktu ni.

“ Anak angkat ke budak tu? Layan sampai macam tu sekali “

“ Mak dia datang bulan kot” kata encik hensem.

“ Dah tu, kalau emaknya datang bulan, ayahnya period sekali? “

“ Mungkin ayah dia memang jenis tak guna, tak peduli pasal anak “ Simple jawapan encik hensem.

Dah macam pengemis minta sedekah

Diam. Tak lama lepas tu encik hensem bersuara lagi “ Orang biasanya keluar makan sedap-sedap sebab nak bagi anak makan best kan? Bukannya sebab kita sendiri yang nak makan sedap. Tapi nak bagi anak-anak “ Bingo. Ayat dia general, tak merujuk pada siapa-siapa tapi acik boleh tangkap maksudnya. Rupanya encik hensem pun perhatikan dorang suami isteri yang makan tak ingat dunia tapi sikit pun tak suap anak-anak.

Korang yang membaca mungkin tak boleh nak imagine macam mana desperate nya anak kecik umur 4 tahun tu nak tarik perhatian mak ayah dia. Demi Allah, ni first time acik tengok depan mata sendiri. Dah macam pengemis minta sedekah. Kena tolak. Kena herdik. Dibuat macam takde perasaan.

Mak ayah, tolonglah. Handphone tu sila letak ke tepi. Seharian pergi kerja tinggal anak dengan orang lain, lewat petang baru anak dapat tengok muka mak ayah. Anak-anak dahagakan kasih sayang. Anak-anak nak kan perhatian. Kenapa pilih untuk berhuha kat facebook, whatsapp group sedangkan depan mata anak sendiri diabaikan?

Orang kita ni sikit-sikit sebut pasal anak derhaka, kewajipan anak kepada ibu bapa. Tapi terlupa yang ibu bapa pun ada dosa dengan anak-anak. Peringatan untuk kita bersama.

Sumber : Ebit Lew & The reporter celotehsaje.com

Be the first to comment

Leave a Reply