[FOTO] Sambutan Hari Guru Ini Bertemakan Majlis Raja Sehari Cukup Meriah Dan Sempoi Habis!

Sambutan Hari Guru diadakan pada setiap tahun bagi meraikan profesion pendidik yang memberikan ilmu kepada anak-anak. Kebiasaannya ada pelbagai tema dicipta bagi memeriahkan suasana.

Tema berpakaian seperti pekerjaan, kembali ke sekolah dan lain-lain lagi seringkali menjadi pilihan. Namun berbeza untuk Sekolah Kebangsaan Chini 2 di Chini, Pahang. Tema kenduri kahwin dengan semua guru mengenakan pakaian raja sehari menjadi pilihan.

Malah sambutan hari guru itu menjadi tular di media sosial selepas gambar-gambar majlis itu dikongsikan oleh laman Facebook rasmi sekolah tersebut.

Tengok gambar-gambar sekitar sambutan tersebut pun boleh dapat rasakan kemeriahannya!

Guru-guru berarak memasuki dewan.

Siap ada iringan dari flower girls tau!

Macam realkan? Ada pelamin, acara bersanding dan pengapit.

Sesi ‘melaram’ di atas pelamin.

Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Menurut Guru Besar sekolah ini, Jamilah Ripin, 52, tahun ini mereka bersepakat untuk jadikan Raja Sehari sebagai tema kerana mahukan kelainan dan pemakaian baju pengantin itu sebagai simbolik kepada tema ini.

Tambahnya lagi, walaupun guru-guru di sekolah ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia, namun mereka mahu menunjukkan kepada murid-murid bahawa guru-guru juga ‘sporting’ dan serba boleh.

Diakui memang sempoi habis guru-guru sekolah ini!

Sumber: SK Chini 2 / mStar via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply