‘Suami Akan Pulang Dengan Selamat’ Akhirnya Isteri Acap Bersuara!

“SAYA yakin suami (Mohammad Ashraf Hassan,29) akan balik dan selamat, itulah doa saya tanpa henti, setakat ini masih belum ada apa-apa (perkembangan terkini), doakan suami saya,” kata Hamizah Mohd Ramli, 27.

Hamizah adalah isteri kepada Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, 23 Mac lalu.

Selepas membisu tanpa sebarang komen atau memberikan kenyataan kepada media sejak hari pertama kehilangan suaminya, akhirnya Hamizah tampil meluahkan isi hatinya kepada NSTP hari ini.

Hamizah berkata, suaminya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik terhadap ahli keluarga sebelum menyertai larian itu kerana bukan pertama kali dia menyertai larian seumpama itu.

“Dia macam biasa sebab ini bukan (acara) pertama kali disertainya, untuk larian ini, baru pertama kali dia sertai,” katanya yang juga bertugas sebagai Juruteknologi Makmal di Hospital Muar, Johor.

Mengenai anaknya Aisyah berusia setahun lebih yang sudah 24 hari tidak menatap wajah bapanya, Hamizah berkata, anaknya itu setiap hari bertanyakan mengenai suaminya yang dipanggil ‘daddy’.

“Dia memang rapat dengan ‘daddy’ dia, setiap hari cari tapi saya tetap positif, saya cakap ‘daddy’ balik malam ini.

“Setiap hari saya cakap macam itu, kata-kata kita pun satu doa” katanya.

Hamizah turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan netizen di laman sosial yang menyebarkan berita kononnya kehilangan Acap berkaitan masalah keluarga antara mereka berdua.

Menurutnya, berita yang disebarkan itu jelas fitn4h malah memaklumkan dia dan suami tiada masalah keluarga.

“Semua yang baik saya anggap doa, yang tak baik saya positif, mungkin itu cara Allah SWT nak tambah pahala suami saya, mungkin mempercepatkan suami saya dijumpai.

“Saya cuba positifkan diri, masa inilah dugaan Allah SWT itu datang dari pelbagai sudut, sentiasa ambil positif, bersangka baik dengan Tuhan,” katanya.

‘Abang Acap Buat Laporan Minta ‘Stop’ Cari Adiknya’ Tetapi Pihak Polis Tidak Boleh Buat Macam Tu! Ini Sebabnya..

POLIS tidak mempunyai kuasa menutup kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail di Gopeng, daripada dikunjungi orang awam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh abang Mohammad Ashraf yang mahu lokasi pencarian itu ditutup kepada orang awam.

Katanya, walaupun sudah menerima laporan namun pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam daripada keluar masuk ke lokasi itu.

Kita ada terima laporan namun kita tidak boleh menyekat orang awam daripada memasuki kawasan itu kerana ‘laluan tikus’ terlalu banyak, bukan satu tempat saja.

“Malah kita turut menjangkakan orang tempatan juga (melalui kawasan itu) kerana operasi pencarian itu turut dibantu oleh masyarakat tempatan membabitkan kira-kira 800 orang,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sungai Siput di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, hari ini.

Dalam majlis itu, Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Siput yang baru berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Superintendan Rozeni Ismail yang bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenay4h Telekomunikasi) Jabatan Siasatan Jen4yah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Razarudin berkata, pihaknya tidak berupaya untuk menutup lokasi pencarian itu berikutan kawasan berkenaan adalah tumpuan rekreasi selain lokasi itu adalah kawasan perkampungan.

“Namun begitu, kita akan tentukan orang awam yang keluar masuk itu menerusi kebenaran polis sama ada mereka boleh masuk atau tidak.

“Mungkin mereka boleh masuk waktu siang tetapi polis tidak benarkan pada waktu malam,” katanya.

Sumber : Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply