Hiburan
Petua Nak Bagi Sambal Nasi Lemak Makin Sedap. Waktu Kisar Bawang Tu Letak Bahan Ini

Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Namun adakah semua rakyat Malaysia tahu cara penyediaan nasi lemak?
Sekiranya anda sedang mencari resepi tradisi turun-temurun nasi lemak, anda berada di tempat yang betul. Ikut cara memasak nasi lemak ini agar bertambah ilmu masakan anda.
Petua dari FB Rose Niey adalah salah satu daripadanya. Ujarnya sambal nasi lemak yang dihasilkan ini bukan saja dipuji malah sentiasa diingat oleh orang tua iaitu mak ayah, dan nenek. Kalau orang tua pun suka maknanya memang sedaplah kan!
Bahan-Bahan Untuk Nasi LemakBeras 3 cawan (sekadar sukatan)
– Santan 1 cawan (santan kotak pun boleh)
– Halia 2 keping hirisan
– Daun Pandan 2 helai
– Garam
Cara Penyediaan Nasi Lemak
Basuh beras terlebih dahulu. Kemudian masukkan beras berserta santan ke dalam periuk. Nisbah beras adalah 3/4 manakala santan pula 1/4.
Kemudian masukkan air sehingga agak-agak dua kali ganda ketinggian beras. Gaulkan semua campuran tadi.
Masukkaan daun pandan dan halia beserta secubit dua garam . (Garam berfungsi sebagai penambah rasa dan penaik bau)
Gaulkan bahan2 semua kemudian tanak beras sehingga masak sepenuhnya.
Sambal Nasi Lemak
Asasnya, penyediaan sambal adalah sangat ringkas. Anda cuma perlu menumis bawang, masukkan cili blend (yang dikisar), gula dan garam terus siap. Tapi untuk menghasilkan sambal yang luar biasa sedap, ikuti langkah ini.
Jadi untuk mak-mak muda yang masih belum mahir buat sambal boleh ikut petua ni. Petua dari Rose Niey untuk menyedapkan sambal dia memasukkan segenggam ikan bilis ketika mengisar bawang.
Berikut perkongsian resipi dan petua oleh Puan Rose Niey sebagai rujukan;
Sedap sangat sampai orang kampung teringat
“Assalamualaikum Ros nak kongsi petua, bila orang makan asyik teringat masakan kita.Balik kampung, ros masak nasi lemak untuk mak, ayah & nenek. Diorang cakap sedap sangat-sangat, letak ape dalam sambal nasi lemak.
Gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia”.
Bahan-bahan:
10 biji bawang merah dan 3-4 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis
15 tangkai cili kering (cili kisar)
Gula Melaka
Gula
Asam gelugur
Ikan bilis
Garam
Cara membuat :
– Kisar bawang merah dan bawang putih. Semasa kisah masukkan sekali segenggam ikan bilis. Blend kasar-kasar. Inilah yang menyedapkan sambal nanti.
– Kemudian tumis bawang yang dikisar dengan ikan bilis. Bila dah betul-betul garing, baru masukkan cili kering kisar. Kacau sekali sekala je.
– Masukkan nisan (gula Melaka), gula, asam gelugur.
– Bila kuah dekat nak kering, masukkan ikan bilis, garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh tak nak letak pun takpe.
#Tip sambal tak terpercik satu dapur
Api perlahan dan kacau sekali sekala je.
Rahsia Ikan Bilis Rangup Dan Tahan Lama
Disini kami juga ingin berkongsi cara penyediaan ikan bilis yang super rangup dan tahan lama. Yang pertama sekali, beli ikan bilis yang berkualiti. Lagi halus ikan bilis adalah lebih baik dan berkualiti. Biasanya ikan bilis mata biru memang menjadi pilihan.
Sekiranya anda basuh ikan bilis, pastikan ikan bilis anda kering sepenuhnya sebelum menggoreng dan lumurkan/renjiskan sedikit cuka pada ikan bilis anda sebelum menggoreng.
Untuk memastikan ikan bilis tahan lama dan rangup untuk jangka masa yang panjang, panaskan minyak terlebih dahulu dan gunakan api perlahan. Selepas digoreng, toskan minyak sepenuhnya dan letakkan ikan bilis atas tisu dapur untuk menyerap minyak yang ada. Biarkan sejuk, kemudian terus simpan dalam bekas kedap udara.
Dah tahu resepi ni pastikan anda mencuba. Kongsikan biar ramai tahu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Theklasik
-
Hiburan6 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan9 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan10 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan10 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan10 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan9 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan9 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan10 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’