[VIDEO] Aksi Rakam ‘Tik Tok’ Ketika Cuci Luar Bangunan Tarik Perhatian Ramai. Gayat Weyh!

Setiap kerjaya yang diceburi pastinya ada cabaran dan kepayahannya yang tersendiri. Hanya orang yang kental dapat mengharungi segala kepayahan itu. Atau mungkin demi rezeki, mereka hanya bertahan melaluinya.

Tidak kisahlah kerja sebagai apa pun pasti ada kepayahan yang harus dilalui. Sama seperti yang memilih kerjaya sebagai pencuci bangunan ini. Bergantung di luar bangunan yang tinggi pasti ada risikonya tersendiri.

Tapi melalui video yang tular di laman sosial beberapa hari lalu nampaknya pekerja mencuci bangunan itu cukup enjoy. Mungkin sudah biasa dengan pekerjaan yang mereka lakukan.

Rakaman video selama 15 saat itu mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter Hanzalah Hani dan raih lebih daripada 11,000 retweets!

Video yang tular.

Walaupun bekerja dalam bidang yang berisiko tinggi begini tapi mereka masih mampu rakam video sebegini. Memang salutelah!

Lihat saja pemandangan dari tempat tinggi ini.

Menurut Hanzalah Hani, kerja yang mereka lakukan ini sama sahaja macam kerja lain. Kadang enjoy, kadang stress tapi baginya, dapat buat apa yang dia suka dah boleh buatkan kita ikhlas untuk kerja.

Rata-rata netizen meninggalkan komen seperti berikut:

“Boleh diorang joget kat atas tu”

“Terhibur tengok ni”

Tak kurang juga ada yang gayat tengok kerja mereka ini.

Sumber: Hanzalahhani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply