Aliff Aziz Padam Foto Isteri di Instagram, Ini Respon Bella Astillah

Isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai ‘ketiadaan’ foto-fotonya di laman sosial Instagram (IG) milik suami.

“Saya tak pasti mengenai perkara itu, tak mengapa, hak masing-masinglah. Lagi pun kita tak tahu foto-foto tersebut dipadam atau disembunyikan, jadi jangan cepat sangat kita berspekulasi. Saya cuma harap yang terbaik selepas ini,” katanya.

Bella ditemui Gempak ketika Majlis Pelancaran Koleksi Terbaharu Beg Tangan Victoria Sloane 2019 Rita Sosilawati di The Majapahit, Marc Residence, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Terdahulu, netizen mendakwa penyanyi lagu Sayang Sayang yang berasal dari Singapura itu telah memadam kesemua foto Bella di laman IG miliknya.

Mengulas mengenai status dirinya dan suami, Bella berkata, dia hanya mahu meneruskan hidup positif serta tawakal dan berserah kepada Allah.

“Ini sahaja yang boleh saya katakan buat masa sekarang… Sebabnya, saya kini belum betul-betul bersedia nak menjawab soalan tentang rumah tangga,” ujarnya.

Tambah Bella, dia lebih suka untuk menjalani kehidupan harian bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2 dan memberikan tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya.

“Saya sibukkan diri dengan bisnes kolagen dan kuih raya dengan menyertai ekspo jualan di seluruh Malaysia. Untuk memastikan saya tidak berenggang dengan Ayden, saya bawa dia pergi berniaga sekali.

“Ya, saya ‘happy’ dengan cara hidup sekarang. Lagi pun saya tidak berseorangan sebab keluarga dan ramai di luar sana (pengikut IG) sentiasa memberikan kata-kata positif kepada saya,” katanya.

“Cantiknya Bella..macam anak patung!” Peminat Puji Gambar Terbaru Bella Astillah

Bella Astillah yang menjadi viral baru-baru ini gara-gara tindakan suaminya yang didakwa curang telah menjadi tumpuan peminatnya di Instagram.

Bella yang sentiasa mengemaskini kehidupannya di Instagram sering berkongsi perkembangannya bersama anak-anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam orang Melaka, Bella kat gumah ni haa. Jom gi kedai Pak Hamid membokoh asam pedas ?

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Terbaru, Bella berkongsi sekeping foto dengan kemeja kotak-kotak dan telah mendapat pujian daripada seluruh peminatnya.

You may say I’m a dreamer, but I’m not the only one.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You may say I’m a dreamer, but I’m not the only one.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

 

Rata-rata peminat memuji kecantikan Bella Astillah. Malah ada yang meninggalkan komen dengan mengatakan Bella sangat cantik seolah-olah anak patung!

Sebelum ini, isu panas Aliff Aziz yang didakwa cur4ng apabila keluar ke kelab malam bersama pelakon Oktovia Manrose semakin reda apabila Aliff dan Oktovia sendiri meminta maaf dan mengakui kesilapan mereka.

Pengakuan dan permohonan maaf tersebut dibuat menerusi laman sosial masing-masing.

Aliff dan Bella bernikah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seprang anak lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia hampir dua tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Forever thankful for the endless rezeki. Bersyukur selalu. Your wound is probably not your fault, but your healing is your responsibility ?

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Sumber: Gempak 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply