Elly Mazlein Dedah Bakal Kahwin! Bukan Calang2 Orang Bakal Suami Elly Mazlein Ni..

Dilihat lebih terbuka berkongsikan mengenai hubungannya dengan kekasih, Elly Mazlein memberitahu kemungkinan besar dia bakal menamatkan zaman solonya menjelang tahun 2020.

Tambahnya lagi, anaknya Sephia yang begitu rapat bersama ‘papa’ nya itu membuatkan Elly mengambil keputusan untuk lebih serius. Malah, kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bile #senah #patahsayapbertongkatparuh jumpa #ustazmadi ?????????

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

“Kami ada berbincang ke arah itu, kalau boleh saya pun nak cepat sebab benda baikkan? Tapi mungkin ianya boleh direalisasikan pada tahun 2020.

“Restu ibu bapa paling penting, semua orang pernah buat silap. Alhamdulillah kini saya lebih bahagia apabila bapa saya sendiri merestui untuk kami berkawan dan saling mengenali begitu juga dengan keluarganya di Kelantan,”katanya kepada Rotikaya.

Bukan Calang2 Orang Bakal Suami Elly Mazlein Ni..

Katanya lagi, sifat matang dan tanggungjawab yang ditunjukkan membuatkan Elly tertarik dan terbuka untuk menerima kekasih hatinya itu meskipun jurang perbezaan umur di antara mereka hampir 10 tahun.

 

“Walaupun umur beza 10 tahun dengan dia, akan tetapi sifat kematangan yang ditunjukkan membuatkan saya terpikat. Dia tunjuk betul-betul yang dia nak jaga saya dan keluarga, seperti menunjukkan ciri-ciri sebagai ketua keluarga.

“Dia dah sedia beli rumah, jadi saya rasa sangat bahagia, dengan usaha yang cuba ditunjukkan. Saya rasa sangat dihargai,” katanya yang kini melalui detik-detik bahagia,” katanya.

“Tak Sabar Solat Dengan Bakal Suami, Sebelum Ini Tak Pernah Rasa”

Dilihat lebih terbuka berkongsikan mengenai hubungannya dengan kekasih, Elly Mazlein sebelum ini memberitahu dia sudah bersedia untuk berkahwin lagi. Masih merahsiakan namanya, Elly menyifatkan teman lelakinya itu seorang lelaki yang baik dan sangat menjaga solat.

“Dia seorang yang sangat baik. Selain selalu meluangkan masa menjaga anak saya, iaitu Puteri Sara Sefia, dia juga tidak pernah tinggal solat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rmi ckp kakak lina perzizzzzzzzz #blackpink .. adoiiii pening pala kak kepompom ni ????????? .. xpe kakak kepompom x kisah .. kakak pommm layankan ajehhhhhh ????? . #DuniaTanpaWanita ?????❤❤❤❤❤

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

“Setiap kali tibanya waktu solat Subuh, dia pasti akan menghubungi saya mengingatkan supaya mengerjakan solat. Hal ini menyebabkan saya tidak sabar untuk solat berjemaah bersamanya. Maklumlah, sebelum ini saya tidak pernah merasai pengalaman solat berjemaah bersama suami,” katanya kepada Kosmo!

Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, Elly mula mengenali kekasihnya itu yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan sejak Ogos tahun lalu. Kata Elly lagi, dia bakal bertemu dengan keluarga kekasih pada Mac ini.

“Teman lelaki saya datang daripada keluarga yang besar. Dia merupakan anak kelapan daripada 13 adik beradik. Sejujurnya, saya berasa sangat teruja untuk mengenali keluarganya dengan lebih dekat,” katanya.

Terdahulu, Elly pernah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai pada tahun berikutnya. Hasil perkahwinan itu, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sepfhia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buat hal Pesennnn raya 2019 bersama @syurabadron dlm #UstazEvo2Ramadan ????? . #Astro #astrowarna #mangsapesennnn ????

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

Sumber : Rotikaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply