Watak ‘Warden Kamal’ Jadi Bualan, Pelakon Nur 2 Ini Buat Penonton Tak Berganjak Depan TV

Drama Nur 2 yang mula ditayangkan sejak 2 April lalu telah mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga mencetuskan emosi masing-masing di hadapan kaca televisyen.

Walaupun Amyra Rosli memegang watak utama, namun penonton lebih memberi perhatian kepada Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani yang menjadi penyeri menerusi drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu.

Namun selain Azar Azmi yang menjadi barisan pelakon baharu, terdapat satu lagi watak dimana menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan penonton.

Sefik Khair, pelakon bakat baharu yang mula berkecimpung dalam bidang lakonan telah membawa watak sebagai anggota polis bernama Warden Kamal atau Cikgu Kamal.

Sefik atau nama sebenarnya Ahmad Syafiq Khairul Anuar sering muncul dalam babak bersama Aisyah (Ecah) lakonan Nur Khiriah yang membuatkan ramai mempersoalkan apakah hubungan antara mereka berdua.

Walau bagaimanapun, drama 15 episod itu bukan lakonan pertama Sefik sebaliknya dia juga pernah menjayakan beberapa drama tempatan sebagai pelakon tambahan.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga aktif dalam bidang peragaan dengan menyertai pertandingan model serta menjadi salah seorang bakat di bawah program Astro.

Menerusi tinjauan di laman Twitter, watak Warden Kamal menjadi bualan ramai setelah membuat kemunculan bagi membantu Ecah dalam masalah rumah tangga bersama Ustaz Hamadi.

Warden dah kembali!

Punya la baik nak tolong Ecah!

Kacak juga warden tu!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : ohmymedia via mediaohsem

Be the first to comment

Leave a Reply