Resepi Biskut Tart Cadbury Dua Versi

Resepi untuk kulit biskut tart ini sama sahaja untuk mana-mana resepi tart cuma penggunaan inti sahaja yang berlainan.

Hari ini kami berikan anda dua resepi biskut tart cadbury untuk anda cuba sendiri di rumah.

Satu versi boleh dikatakan sangat ringkas dan satu versi lagi sebaliknya.

Anda boleh cuba dua versi tart cadbury ini dan tengok tart mana yang lebih gebu,rangup dan seterusnya menjadi pilihan untuk disediakan pada hari lebaran yang menjelang tiba nanti.

Tips untuk dapatkan biskut tart cadbury yang buatkan anda berpuas hati adalah cuba guna butter asli bukan buttercup atau mentega.

Anda boleh pilih unsalted butter dari jenama Philadelphia.Kalau buat untuk jual tu lainlah kan kecuali anda jual pada harga premium.

Untuk elak kulit tart mudah pec ah selepas dibakar, walaupun dinyatakan sukatan tepung gandum, tapi masukkan secara sedikit demi sedikit untuk elak doh menjadi keras.Kebiasaan ada lebihan tepung daripada sukatan  yang dinyatakan.

Untuk kulit biskut tart cadbury ini pastikan anda guna minyak sapi asli.Biasanya jenama QBB.

Kalau anda masukkan susu tepung pula,pilih dari jenama Nespray.Sesetengah orang hanya masukkan salah satu dari dua bahan ini untuk elakkan tart menjadi terlebih gebu.

Kalau anda mahu tart cadbury terasa lebih rangup dan kurang gebu,tak perlu masukkan susu tepung.

Kedua-dua tart ini menggunakan inti coklat cadbury yang jenis sebiji tu ya.

Bahan-bahan Resepi Tart Cadbury Versi 1 :

Terima kasih Puan Zuraini Alias.

  • 250 gram buttercup atau boleh juga margerin
  • 4 sudu makan penuh susu pekat manis
  • 2 sudu makan penuh myk sapi
  • 1 bji kuning telur gred B
  • 2 sudu makan  tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 3 1/2 cawan tpung gandum(agak2 buh sikit2 agk dh elok sebati je… Jgn keras sgt nnti tart sng pecah)

Cara penyediaan tart cadbury versi 1 : 

#1: Kacau dengan tangan semua bahan diatas kecuali tepung gandum sehingga sebati sahaja.Tak perlu kembang.Barulah masukkan tepung hingga membentuk doh pada kelembutan yang sesuai.

#2: Terap kulit tart dengan acuan yang sesuai,letakkan sebiji cadbury bar. Anda boleh beruskan permukaan atas dengan kuning telur untuk dapatkan warna berkilau pada permukaan atas tart.

Bakar pada suhu 170’C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.Ini bergantung pada oven anda.

Bahan-bahan Resepi Tart Cadbury Versi 2 :

Terima kasih pada Puan Mariana Zainal

Bahan A : 

  • 250 gram butter ( guna yang mahal untuk lagi sedap )
  • 1 sudu makan membukit gula kastor
  • 1 biji kuning telur gred B
  • 1 sudu teh minyak sapi
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan B :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu makan tepung jagung
  • 2 1/2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu makan susu tepung ( tak perlu letak jika anda nak tart yang sedikit keras dan rangup )

Bahan Hiasan :

  • Kuning telur
  • Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan tart cadbury versi 2 : 

#1: Kacau bahan A hingga sebati sekitar 2 minit dan barulah masukkan bahan B yang telah dicampur sekali dan ayak kecuali susu tepung.Masukkan sedikit demi sedikit hingga membentuk doh.

#2: Masukkan dalam acuan dan terap.Letak sebiji coklat cadbury dan sapu permukaan tart dengan kuning telur dan pewarna untuk hasil yang berkilau.

#3: Bakar selama 25-30 minit hingga masak pada suhu 180’C menggunakan api atas dan bawah.

Jadi dah siap dua versi resepi tart cadbury untuk hari lebaran nanti.Anda dah putuskan yang mana memikat selera anda ?

Selamat mencuba ya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: daridapur

Be the first to comment

Leave a Reply