Selepas Sultan Kelantan, Tengku Mahkota pula pilih ‘orang luar’ sebagai isteri baginda.. Memang manis isteri baginda.

Selepas gambar perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi bualan tiga minggu lalu, kini giliran adik baginda iaitu Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra melangsungkan pernikahan.

Baginda selamat mendirikan rumah tangga dengan warga Sweden, Cik Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar Kota Bharu, malam tadi.

Menerusi laporan BH Online, majlis akad nikah baginda bersama pasangan pilihan hatinya itu diadakan selepas solat Isyak serta disusuli dengan istiadat perkahwinan.

Pasangan diraja itu diijabkabulkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad selepas khutbah nikah dibacakan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Tampil dengan busana sedondon, majlis pasangan mempelai itu diadakan secara tertutup dan sederhana dengan dihadiri ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : BH Online , Facebook via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply