“Tak Gelap Mata Bila Dapat Wang..”-Waris MH17 Wakafkan Kesemua Pampasan Bina Surau RM3.5 Juta. Ini Keadaan Surau Itu Makin Besar Masyaallah..

Nah4s kapal terbang MAS yang berlaku pada Julai 2014 merupakan antara memori pahit bagi rakyat Malaysia selain MH37o. Kapal terbang yang jatuh selepas ditem-b4k pelvru perp4ndu di  40 kilometer dari sempadan Russ1a telah meng0-rbankan kesemua 298 penumpang didalamnya, termasuklah sebuah keluarga rakyat Malaysia.

Sekeluarga yang m4-ut dalam nah4s MH17 itu adalah Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13. Mereka yang berasal dari Kuching, berada dalam penerbangan pulang ke Malaysia selepas Tambi menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun dengan syarikat Shell di Kazakhstan.

Berikutan dengan nah4s yang berlaku, sejumlah wang pampasan telah dibayar kepada waris terdekat. Walau bagaimanapun, waris terdekat telah sepakat bagi mewakafkan kesemua wang pampasan tersebut untuk membina sebuah surau di Jalan Depo, Petra Jaya. Menurut sumber, surau hampir siap dibina itu dan diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit. Pembinaan surau yang membabitkan kos anggaran RM3.5 juta tersebut boleh menampung seramai 450 jemaah.

Saham Akhir4t

Netizen juga turut terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh waris keluarga terbabit.

Alhamdulillah

 

Hebat Sungguh

Sumber: Harian Metro, erinsakura

Waris enam sekeluarga terk0-rban trag3di MH17 terima sumbangan AS$30,000

kesemua waris 43 m4ngsa n4has MH17 warga Malaysia terima AS$5,000 setiap seorang daripada kerajaan

KUCHING 16 April – Waris kepada enam m4ngsa n4has pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di negeri ini iaitu Tambi Jiee, Ariza Ghazalee dan empat anaknya menjadi kumpulan pertama menerima sumbangan secara bayaran sekali gus berjumlah AS$5,000 setiap seorang m4ngsa daripada kerajaan hari ini.

Sumbangan berjumlah kese­luruhan AS$30,000 atau kira-kira RM117,000 itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim kepada abang Tambi Jiee iaitu Drahman Jiee, 61, dan kakak Ariza Ghazalee, Madzalina Ghazalee, 49.

Menurut Rohani, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap waris m4ng­sa warga negara ini yang terk0-rban dalam nah4s pada 17 Julai 2014 itu.

Katanya, seramai 43 mangsa rakyat Malaysia terk0-rban dalam n4has tersebut dan waris kepada Tambi, Ariza dan empat anaknya itu menjadi kumpulan pertama menerima sumbangan.

“Baki waris 37 m4ngsa lain akan menerima sumbangan itu dalam masa terdekat. Walaupun jumlah tersebut tidak seberapa berbanding ny4wa yang hilang, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan serta em0si dialami mereka.

“Setiap waris akan menerima AS$5,000. Hari ini waris Tambi, Ariza dan empat anaknya mene­rima sumbangan berjumlah kese­luruhan AS$30,000 untuk dibahagikan sesama mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek kepada Tambi dan Madzalina di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rus1a dan meng0-rbankan kesemua 249 penumpang termasuk kru.

Mengulas lanjut, Rohani memberitahu, kaunselor daripada kementeriannya sentiasa bersedia pada bila-bila masa bagi memberikan khidmat kaunseling kepada waris-waris m4ngsa yang masih memerlukan.

“Sememangnya sukar untuk menerima hakikat mengenai kejadian tersebut. Mana-mana waris yang memerlukan khidmat kaunseling boleh menghubungi kementerian dan kita akan menghantar kaunselor untuk membantu,” ujarnya.

Sementara itu, Drahman berkata, beliau yang mewakili keluarga Tambi dan Ariza mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas pelbagai bantuan yang diberikan selama ini.

Mengulas mengenai pampasan dan insurans yang dijanjikan oleh MAS, Drahman membe­ritahu, pihaknya baru menerima bayaran pendahuluan sebelum ini dan belum menerima bayaran penuh.

“Kami masih menunggu. Segala dokumen sudah diserahkan dan mereka tidak ada memaklumkan bila ia akan dilunaskan,” jelasnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: utusan.com

Be the first to comment

Leave a Reply