“Tanpa Sedar Saya Menangis” – Yoo Jae Suk Cerita Saat Sambut Kelahiran Anak Kedua

Hos program popular Running Man, Yoo Jae Suk akui sebak ketika menyambut kelahiran anak keduanya, Na Eun Oktober tahun lalu.

Mengimbas kembali kenangan manis itu, Jae Suk berkata juga tidak menyangka akan menangis sebaik sahaja melihat anak perempuannya itu.

“Rasa agak pelik bila berbicara mengenai kehidupan saya sebagai seorang bapa. Pada mulanya saya sendiri pun tak sangka akan menangis di saat kelahiran anak kedua.

“Tetapi saya menjadi begitu beremosi, tanpa sedar tiba-tiba saya menangis. Saya rasa seperti ada sesuatu yang sangat istimewa tetapi tidak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jae Suk juga berkongsi perkembangan terkini mengenai anak perempuannya itu.

“Kedua saya kini sudah berusia enam bulan dan dia juga sudah mampu untuk mengangkat kepalanya sendiri.

“Dia juga sudah pandai memusingkan badannya, apabila Na Eun melakukan aksi itu kami sekeluarga keluarga berasa teruja,” kongsinya.

Terdahulu, Jae Suk dan isterinya, Na Kyung Eun telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan dikurniakan cahaya anak lelaki, Son Ji Ho pada 2010.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: soompi via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply