Tema ‘Gold’ menjadi pilihan dalam Majlis ‘Baby Shower’ Hanis Zalikha

Pelakon, Hanis Zalikha mengadakan majlis sambutan ‘Baby Shower’ sempena kehamilan anak kedua dengan usia kandungan mencecah tujuh bulan yang dijangka akan bersalin tidak lama lagi.

Bertemakan warna ‘gold’, majlis berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota dengan pelbagai aktiviti menarik Rabu lalu.

Majlis anjuran satu jenama pakaian bayi atas talian itu diadakan setelah melantik wanita berusia 29 tahun berkenaan sebagai duta rasmi mereka.

Suaminya Hairul Azreen dan anak sulung, Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun turut hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

Jom tengok antara koleksi gambar di sekitar majlis ‘Baby Shower’ yang dimuat naik di laman Instagram milik Hanis!

Terdahulu, Hairul berkata mereka mahu merahsiakan jantina anak dan akan diberitahu selepas isterinya bersalin nanti.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan anak sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Artikel Berkaitan: “Kalau Diaorang Bagi Saya Duit Makan, Saya …..” – Ini Komen Hairul Azreen Mengenai Isu Video ‘Anak Ketiga’

Terdahulu, Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen mengakui tidak mengambil pusing mengenai kritikan dilemparkan oleh orang ramai di media sosial terhadap video yang dikongsikan baru-baru ini.Menurut Hairul, video yang dikongsikan itu adalah gurauannya dengan isteri, Hanis Zalikha dan tidak mempunyai sebarang niat seperti yang diperkatakan.

“Itu sebenarnya cara saya bergurau dengan isteri kerana niat saya membuat video tersebut untuk membuatkan dia gembira selepas dua minggu saya berada di lokasi penggambaran.

“Mungkin saya tak mampu untuk mengembirakan hati semua orang tapi dengan cara itu, saya dapat membuatkan isteri tersenyum.

“Kalau orang diluar sana terguris hati, apa yang saya boleh katakan kerana kita tak boleh nak menggembirakan hati semua orang.

“Bagi saya, netizen bebas untuk berkata apa pun kerana kalau mereka bagi saya duit makan, saya okey dan boleh dengar cakap mereka,” katanya kepada Gempak.

Hairul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan Hanis sebagai duta Happikiddo, di Grand Hyatt Kuala Lumpur, pada Rabu.

Sebelum ini, sepotong video yang dikongsikan oleh Hairul di Instagram telah menerima kritikan orang ramai di media sosial selepas dia mengusik Hanis ingin mendapatkan anak ketika.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Hanis Zalikha / Gempak / infosebenar via Express Viral

Be the first to comment

Leave a Reply