Belajar Tarannum Dari Usia 5 Tahun, Inilah Farhatul Fairuzah Juara Tilawah Antarabangsa Pada Usia 19 Tahun

SEDAP mata memandang, sedap juga telinga mendengar.

Ini lah Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun

Farhatul menyertai pertandingan tilawah Al Quran sejak berusia tujuh tahun. -Instagram/farhatulfairuzah

Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu.

Mengikut Astro AWANI ada kongsikan serba sedikit berkenaan gadis berusia 19 tahun ini, dan semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran.

– Farhatul merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin

– Kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan

– Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun

– Pada pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan

– Menarik juga untuk diketahui, kesemua adik-beradik Farhatul aktif menyertai pertandingan tilawah

– Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara

– Farhatul bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti

Video (sumber)

 

 

Sumber: astroawani

Qari, qariah Malaysia johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-60

KUALA LUMPUR – Qari dan qariah dari Malaysia dinobatkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam ini.

Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah sekaligus membolehkan mereka membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Sementara qari dari Algeria, Yassine Bekouassa mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga, Ilyas Lamhayahoui (Maghribi).

Qariah dari Indonesia, Wardatun Nisa Hasa menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Karimah Hayibaraheng (Thailand).

Bagi kategori hafazan lelaki, peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara manakala untuk kategori wanita, ia dimenangi peserta dari Niger, Fatouma Ousseni Moussa.

Hadiah pemenang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut berkenan untuk berangkat pada majlis tersebut bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Majlis berlangsung selama lima hari bermula 15 April lalu itu melibatkan 41 buah negara bagi menyertai kategori tilawah dan hafazan al-Quran.

Antara keistimewaan dan keunikan majlis tilawah dan menghafaz al-quran peringkat antarabangsa tahun ini ialah pemilihan tempat iaitu KLCC yang menjadi simbol ikonik Malaysia.

Pada penganjuran kali ini, Kumpulan Media Karangkraf turut mengambil bahagian mengadakan Simposium Keagungan Al-Quran dan pelbagai pengisian lain.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (kiri) berkenan menyampaikan hadiah kepada Johan Kategori Tilawah Nor Farhatul Fairuzah Panut (kanan) pada Majlis Perasmian Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebentar tadi.

sumber : sinarharian

Via: sweetnutella

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply