“Hujung minggu bersama keluarga, maghrib sudah di rumah” – Altimet jalani kehidupan selepas bersara

Walaupun sudah tidak jadi penyanyi, jadual Altimet masih padat dan sibuk.

SETELAH beberapa bulan mengumumkan bersara dari industri, Altimet mengakui masanya kini lebih banyak diluangkan bersama keluarga.

Menurut Altimet, 41, peluang bersama keluarga di hujung minggu merupakan antara perbezaan ketara selepas dia memilih untuk tidak lagi beraksi di pentas nyanyian.

“Sekarang kehidupan saya ada sedikit perubahan, bangun pagi saya selesaikan hal rumah dulu.

“Kemudian pergi pejabat, mesyuarat, buat lagu untuk penyanyi lain dan kebiasaannya maghrib saya sudah ada di rumah.

“Paling banyak beza apabila hujung minggu saya ada di rumah, famili dah dapat saya semula,” katanya kepada mStar.

Altimet habiskan masa hujung bersama keluarga.

Meskipun aktiviti hariannya berubah, penyanyi lagu Amboi ini berkata dia tidak pernah berasa bosan.

Malah, dia masih sibuk menghasilkan lagu untuk penyanyi lain dan dalam masa sama menguruskan perniagaan bersama rakan kongsi.

“Tak sempat nak rasa bosan sebab kerja masih banyak seperti dulu dan sekarang ni pun saya banyak buat lagu untuk artis lain.

“Terbaharu saya bakal terbabit sebagai penulis lirik lagu dalam sebuah projek Puan Sri Tiara Jaqcuelina yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, lagu nyanyian Altimet bersama Zizi Kirana berjudul Pendekar Pena kini dalam rangka promosi dan mula menerima sambutan hebat pendengar.

VIDEO:

Artikel Berkaitan : Altimet sah bersara… kalau ada nak ‘tawar’ menyanyi tanya ibu dulu 

PENYANYI Rap, Altimet secara rasmi mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi pada ulang tahun kelahirannya ke-40, Selasa.

Bagaimanapun, Altimet memberitahu dia bakal muncul dalam satu konsert istimewa untuk peminat pada Februari tahun depan.

“Saya akan berhenti sebagai rapper dan selepas album terakhir ini tiada lagi persembahan daripada saya melainkan satu persembahan khas iaitu konsert terakhir tahun depan.

“Bermula hari ini sehingga konsert itu tiada apa-apa persembahan yang akan saya buat. Saya akan bercuti dan berehat secukupnya,” kata Altimet kepada mStar Online.

Altimet ditemui semasa pengumuman album terakhir berjudul 0 yang diadakan di General Space, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Dalam konsert istimewa tersebut, Altimet membuat persembahan selama dua jam bersama beberapa penyanyi jemputan.

Bagaimanapun, tarikh dan lokasi masih belum ditetapkan dan akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, penyanyi lagu Bunga ini berkata keputusan untuk bersara ini turut mendapat sokongan penuh daripada ibunya, Jamalah Agil.

Justeru itu, jika ada mana-mana pihak yang ingin menawarkan peluang nyanyian atau persembahan selepas ini perlu mendapatkan kebenaran ibunya.

“Ibu antara penyokong keputusan ini, dia tak melarang saya untuk berhenti menyanyi dan dia paling bersetuju dengan pilihan saya ni.

“Kalau selepas ini ada mana-mana pihak nak suruh menyanyi, kena target ibu saya dulu. Kalau dia kata OK, mungkin boleh tapi saya rasa tak!,” katanya.

Meskipun tidak lagi bergelar penyanyi, Altimet tidak akan berhenti daripada menghasilkan lagu dan menulis lirik untuk penyanyi lain.

Bercakap mengenai album 0, ia mengandungi 13 lagu dan bakal didapati menerusi platform digital bermula 7 Disember dan secara fizikal pada 21 Disember ini.

Single pertama berjudul Bersamamu featuring bersama Cuurley sudah boleh ditonton di laman Youtube.

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply