PELAKON Wawa Zainal hanya merasai nikmat berumah tangga yang harmoni dengan aktor Aeril Zafrel walaupun perkahwinan mereka sudah memasuki usia lapan tahun.
Setelah 4 tahun melahirkan anak ke 2, kini wawa zainal berkongsi berita gembira lagi kerana membuat kejutan pada suaminya. Video dibawah dikongsi bagaimana beliau memaklumkan bakal melahirnya anak ke 3 buat suaminya terkejut.
“love u syg @aeril_zafrel sorry la 4 tahun u tunggu ? tak sangka @soullead.hq berhasil??”
Video berita hamil lagi..
Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 28, turut mengakui sebelum ini dia sering mencari pasal dengan Aeril disebabkan sikapnya yang tidak matang namun sejajar dengan peningkatan usia dia mula belajar menghargai hubungan dengan suami.
Aeril atau Suhairil Sunari, 31, dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 tahun.
Perkahwinan itu agak kontroversi kerana mereka menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, Wawa mengakui sejak mula menjaga keharmonian rumah tangganya, rezeki mereka suami-isteri semakin murah dan dipermudahkan pelbagai urusan.
Komen netizen
Dik,jadi ayah sudah”…adoiii..lucu bah pla..jd yg ank 2org sblm ni..adikmu ka @aeril_zafrel ?.. Apa2 pun congrats arr..?? cute ba tu kitten..minta sekor..?
Hahaha,dy punya happy tu sampai dy lupa selama ni dy mmg dh jadi ayah??? congrats
Cutenya bah si ayah mau jdi ayah…hahahahaha… Syukurlah sama si Wawa & sama si Aeril Rezeki sudah dtg lagi..aamiinn
Artikel berkaitan : Jangan ikut perangai ayah menyakat bini – Pesanan Wawa Zainal buat anak lelakinya
PASANGAN selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini sedang menikmati percutian di Dubai bersama anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.
Menerusi laman sosial Wawa dan Aeril, mereka masing-masing berkongsi foto tentang keseronokan bercuti di negara tersebut sejak Khamis lalu.
Salah satu foto yang dikongsi Wawa, 28, mengatakan anak lelaki dan suaminya mempunyai persamaan dari semua segi termasuk perangai dan cara berjalan.
Wawa berharap Attar dapat menjadi seorang suami dan bapa yang baik seperti Aeril namun tidak mahu anak sulungnya itu mengikut perangai suami yang suka menyakatnya.
“Ni pula Aeril kecil dan Aeril besar. Sebiji ikut Aeril. Hahaha. perangai, cara jalan dan semua sama.
“Jadi suami dan ayah yang baik macam ayah ya nak nanti dah besar. Tapi jangan ikut perangai ayah menyakat bini (isteri) memanjang,” katanya.
Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut terhibur dengan kapsyen tersebut dan mereka juga bersetuju Attar sama seperti bapanya.
Wawa dan Aeril berkahwin pada 25 Februari 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Attar yang kini berusia enam tahun dan Hayla berusia empat tahun.
Sumber mstar / memorikini.com
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Leave a Reply