Tolak model ‘tak halal’, Hafiz Suip pilih isteri jadi teman dalam MV

Penyanyi Hafiz Suib sememangnya amat dikenali dalam kalangan netizen dengan kemerduan suaranya. Pastinya lagu seperti Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku menjadi lagu kegemaran ramai.

Namun baru-baru ini, penyanyi berusia 29 tahun itu telah pun mengeluarkan muzik video lagu terbaru berjudul Kisah Cinta Kita.

Hafiz, isteri dan anak…

Kisah Cinta Kita…

Muat naik video lagu Kisah Cinta Kita telah mendapat perhatian, setelah sebelum ini muzik video lirik lagu tersebut telah mendapat 5.5 juta tontonan di laman YouTube.

Pilih bini sendiri, jadi model MV

Muzik video tersebut telah mendapat perhatian ramai, apabila Hafiz tidak memilih model wanita sampingan, namun sebaiknya memilih isterinya sebagai model dalam MV Kisah Cinta Kita.

Sikap romantik dan keintiman hubungan mesra Hafiz dan isteri dalam muzik video tersebut telah mendapat pujian ramai.

Hafiq Suip yang berkahwin pada tahun 2016, telah dikurniakan seorang cahaya mata Riyadh yang kini berusia setahun.

Bila bini sendiri jadi model, boleh sweet sentiasa!

Halal je kalau nak bergambar romantik!

Tindakan Hafiz yang memilih isteri sebagai model dalam MV lagu Kisah Cinta Kita, telah mendapat pujian ramai. Mereka memuji sikap Hafiz yang kini semakin matang sejak bergelar seorang bapa.

Baru sweet dengan bini sendiri!

Romantik lahai video ni…

MV Siap pakej bawak anak bini, halal 100%

Senyuman bini Hafiz ni melting weh!

Sumber : Kisah Cinta Kita via omm

Artikel berkaitan ‘Isteri urus kerjaya Hafiz’ (September 2018)

Sejak bergerak sendiri dan memiliki pengurusan sendiri, penyanyi Hafiz Suip mengakui cabarannya berbeza berbanding terikat dengan sebuah syarikat sebelum ini. Hafiz, 28, yang kini diuruskan sepenuhnya isteri tercinta, Nureffy Jesreel Abdullah atau Effy, 26, bagaimanapun perlahan-lahan menyesuaikan diri.

Menurutnya, cabaran utama paling dirasakan sewaktu isterinya mula mengambil-alih tugas itu. “Saya tidak salahkan dia, maklum saja isteri pun terlalu baru dan belum faham selok-belok industri hiburan. Jadi apabila dia kerap mendapat panggilan mengenai saya, ia perkara baru baginya.

“Tidak dinafikan, ia memberi kesukaran buat dirinya juga. Kadang-kadang ada masa kami bercanggah pendapat apabila tersepit di antara hal peribadi dan kerjaya. Bagaimanapun, dia semakin profesional menangani hal itu dan mula membiasakan diri,” katanya.

Tambah Hafiz, keberaniannya untuk bergerak sendiri juga adalah disebabkan dia sudah memahami selok-belok dunia hiburan. “Saya memutuskan untuk memiliki pengurusan sendiri selepas belajar bertahun-tahun mengenai industri ini. Syukur, dalam tempoh itu banyak yang saya pelajari dan lebih berkeyakinan.

“Kalau awal-awal dulu, saya memang tidak tahu apa-apa langsung dan sangat berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang berjasa membawa saya ke tahap ini,” katanya. Dalam pada itu, Hafiz yang turut menjadi mentor dalam program Mentor 7 sudah bersedia sepenuhnya untuk pertandingan itu.

Bahkan, dia sempat meminta nasihat dan petua daripada beberapa rakan artis yang pernah menggalas tanggung jawab itu sebelum ini. “Kalau ikutkan, pengalaman saya selama lapan tahun belum cukup untuk jadi mentor seperti penyanyi hebat lain. Bagaimanapun saya sahut cabaran ini kerana mahu melangkah lebih jauh.

“Saya sudah tubuhkan pasukan berpengalaman bagi memantapkan protege saya kelak. Mereka temasuk Bob Yusof yang akan menjaga bahagian vokal serta beberapa individu berkaliber lain.

“Sebelum sesi uji bakat lagi pun saya sudah minta tunjuk ajar daripada Hazama, Akim Ahmad dan Misha Omar yang pernah ambil bahagian dalam program itu. Mereka banyak membantu dan menaikkan semangat saya,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini karier muzik, Hafiz terpaksa menangguhkan pelancaran single barunya demi memberi laluan kepada Mentor 7. “Sebenarnya saya ada perancangan untuk tampil dengan single baru dalam masa terdekat. Apabila tawaran Mentor 7 datang saya terpaksa menangguhkan seketika single itu.

“Saya mahu beri fokus sepenuhnya untuk program ini terlebih dulu. Bagaimanapun, saya pasti akan memperkenalkan single itu cuma bukan dalam waktu terdekat,” katanya.

VIDEO :

Sumber hmetro via cokelat puteh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply