Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2019, Tahniah! Khai Bahar Sekali lagi..

Berakhir sudah anugerah dinantikan ramai (AME 2019) Anugerah MeletOP Era 2019 pada kali ini. Tahniah buat pemenang yang hebat-hebat semuanya.

BUAT kali kedua penyanyi Khai Bahar muncul sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki).

Acara yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad turut memperlihatkan Khai, 25, membolot satu lagi trofi menerusi kategori Penyanyi MeleTOP.

Menerusi kemenangan itu, Khai membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, penyanyi Siti Nordiana mencipta kejutan apabila diumum sebagai pemenang Top Top MeleTOP (Wanita) selain membawa pulang satu lagi trofi iaitu bagi kategori Hos MeleTOP.

Bagi kategori itu, Siti Nordiana menumpaskan empat calon kegemaran lain iaitu Alif Satar, Jihan Muse, Sherry Alhadad dan Zizan Razak.

Syafiq Kyle memenangi tiga kategori di AME2019.

Seperti Khai, Siti Nordiana, 35, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM10,000 berserta trofi.

Pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu drama lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak iaitu Lelaki Kiriman Tuhan memenangi anugerah Drama MeleTOP.

Bagi kategori filem, Munafik 2 arahan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof membawa pulang trofi Filem MeleTOP.

Pelakon Eyra Hazali pula menumpaskan empat calon lain iaitu Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Luqman Faiz dan Andi Bernadee bagi membawa pulang trofi Artis Baharu MeleTOP.

Kategori Si Cilik MeleTOP pula memperlihatkan anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Yusoff Al Qardawi memenangi trofi tersebut.

Pasangan Duo MeleTOP.

Gandingan duet Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini pula membawa pulang trofi Grup/Duo MeleTOP.

Sementara itu, AME2019 memberikan Anugerah Khas kepada penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau bagi menghargai bakti beliau dalam bidang seni selama 51 tahun sejak 1968.

Raja Gelek Malaysia ini juga memiliki 300 buah lagu di dalam EP, LP, Kaset serta CD selain pernah menerima Rekod Emas, Penyanyi Terbaik Lelaki dan PAPITA sekitar tahun 70-an.

Anugerah itu disampaikan pengacara AME2019 iaitu Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse.

Tampil dengan tema Yang Legit, Yang Legend – AME2019 menampilkan persembahan daripada Ayda Jebat, Misha Omar, Hael Husaini, Andi Bernadee, Exists dan ramai lagi.

Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan seratus peratus undian peminat menerusi laman web khas yang disediakan.

Begitu meriah AME 2019 dengan kehadiran para selebriti terkenal Malaysia yang rata-ratanya mempunyai peminat yang luar biasa dalam mengundi selebriti kesukaan mereka.

Ini senarai penuh pemenang bagi semua kategori bagi AME 2019. Tahniah sekali lagi buat mereka.

Yang paling dinantikan ramai adalah kategori Top Top Meletop lelaki dan wanita yang mana telahpun dimenangi sekali lagi oleh Khai Bahar dan Siti Nordiana.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2019

Artis Baharu MeleTOP – Eyra Hazali

Si Cilik MeleTOP – Yusoff Al Qardawi

Fesyen MeleTOP – Syafiq Kyle

Couple MeleTOP – Nur Fazura & Fattah Amin

Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era

Penyampai Radio MeleTOP – Johan

Program MeleTOP – Sepahtu Reunion Live Al-Puasa

Hos MeleTOP – Siti Nordiana

Artis Lawak MeleTOP – Jep Sepahtu

Drama MeleTOP – Lelaki Kiriman Tuhan

Pelakon TV MeleTOP – Syafiq Kyle

Grup/Duo MeleTOP – Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar

Lagu MeleTOP – Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)

Filem MeleTOP – Munafik 2

Bintang Filem MeleTOP – Syafiq Kyle

Top Top MeleTOP (Lelaki) – Khai Bahar

Top Top MeleTOP (Wanita) – Siti Nordiana

Sumber: MeleTOP & Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply