Wow! Neelofa Pakai Rantai RM 2.5 Juta. Ini Antara 10 Perkara menarik Yang Berlaku Di Anugerah AME 2019

Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) telah berlangsung dengan meriah bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Bertemakan ‘Yang Legit Yang Legend’, acara gilang gemilang itu dihoskan oleh tiga orang pengacara kegemaran ramai iaitu Neelofa, Nabil dan Jihan Muse.

Khai Bahar dan Siti Nordiana telah berjaya merangkul trofi Artis Top Meletop 2019 dan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000.

Seperti biasa, acara berprestij sebegini akan diwarnai dengan pelbagai perkara menarik sepanjang ia berlangsung, di sini, Gempak bawakan kepada anda corat-coret AME 2019 :

1. Kemeriahan Mula Terasa Sebelum Acara Bermula

Ruang Axiata Arena mula dimasuki kira-kira jam 8.15 malam, kemeriahan mula dirasa apabila kelab peminat bersorak penuh semangat melihat artis kesayangan mereka memasuki ruang arena seakan tidak sabar menantikan acara itu bermula.

2. Tentera Paskal Membuka Tirai…So Energetic!

Pentas AME 2019 dibuka oleh Hairul Azreen dan sekumpulan penari yang melakukan kawad berkonsepkan tentera lalu diiringi persembahan dari Aman Ra yang menyampaikan lagu Cabang Tiga.

3. Wow! Neelofa Menari Macam Beyonce!

Neelofa menerima sorakan apabila menari lagu Single Ladies yang dipopularkan oleh Beyonce ketika segmen pengenalan hos AME 2019, Nabil turut menarik perhatian ramai dengan tariannya manakala Jiehan berjaya membuat penonton tertawa dengan persembahan parodi Konsert Siti Nurhaliza On Tour.

4. Kemunculan Mira Filzah Bersama Remy Ishak

Ketika Remy Ishak dan Rashidi Ishak menyampaikan anugerah bagi kategori Artis Baharu Meletop, Mira Filzah muncul secara tiba-tiba untuk menyertai dua aktor itu di pentas. Penonton bersorak seakan mengusik Mira dan Remy yang pernah digosipkan sebelum ini.

5. Atikah Suhaime Minta Tips Move On Dari Sufian Suhaimi

Aktres Atikah Suhaime digandingkan bersama Sufian Suhaimi bagi menyampaikan kategori Drama Meletop dan Pelakon Meletop. Penonton bersorak apabila Atikah bergurau meminta tips untuk move on dari Sufian, semua sudah tahu kedua-dua artis ini pernah mengalami perpisahan selepas mengikat tali pertunangan.

6. Ratu Rock Negara Layak Terima Standing Ovation!

Ratu rock negara, Ella berjaya memukau penonton dan boleh dikatakan antara persembahan paling meriah malam tadi. Penonton berhibur dengan turut menyanyi bersama untuk tiga buah lagu yang dipersembahkan iaitu Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian dan Permata Pemotong Permata.

7. Lagu Throwback Siti Nordiana Bersama Khai Bahar

Siti Nordiana (Nana) dan Khai Bahar menyanyikan lagu throwback ketika zaman duet Nana bersama Allahyarham Achik Spin. Mereka menyampaikan lagu Gurauan Berkasih, penonton turut menyanyi bersama seakan berada di bilik karaoke!

8. Peminat Anita Sarawak Lepas Rindu!

Haqiem Rusli menyanyikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh penyanyi Legenda, Anita Sarawak. Penonton terhibur dan sudah pastinya peminat Kak Nita lepas rindu mendengar lagu popularnya dipersembahkan di acara berprestij sebegini.

9. Kemunculan Datuk M Daud Kilau

Penyanyi senior berbakat, Datuk M Daud Kilau muncul ketika Sufian Suhaimi menyanyikan lagunya yang berjudul Cik Mek Molek. Penonton sekali lagi bangun memberi penghormatan apabila dia menerima trofi Anugerah Khas Meletop.

10. Wow! Neelofa Pakai Rantai RM 2.5 Juta!

Selain kemeriahan di pentas, rantai yang digayakan Neelofa turut menjadi perhatian. Hos popular itu menggayakan rantai dari jenama barang kemas Habib Jewels bernilai RM 2.5 juta. Perkara itu didedahkan sendiri oleh jurugayanya malam tadi, Minluna di laman Instagram.

Secara keseluruhannya, AME 2019 berjaya memukau penonton. Semua persembahan mempunyai aura yang cukup tinggi sehingga membuat penonton hampir tidak henti menari dan menyanyi bersama untuk menyokong artis kegemaran mereka.

Sumber: astrogempak

Mirip Lisa Blackpink. Neelofa Buat Kejutan di Anugerah Meletop ERA, Tapi Pakaian Dia Dikaitkan Dengan BENDA Lain Pula

ANUGERAH MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang mengetengahkan tema ‘Glam’ penuh gemerlapan dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ akan mencapai kemuncaknya pada malam ini.

Acara anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 16 buah kategori pencalonan yang dipertandingkan.

Ianya akan dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam ini (21 April 2019), secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebagai bonus, acara ini turut boleh diakses menerusi program ‘Live Streaming AME 2019’ yang disiarkan menerusi platfrom digital di saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand bermula jam 8.30 malam untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Bagi edisi baharu ini, selebriti popular yang juga merupakan pasangan hos sensasi program ‘MeleTOP’ iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam AME 2019. Namun begitu, mereka masih kekal sebagai pengacara pentas AME 2019 bersama Jihan Muse.

AME 2019 menyaksikan persaingan sengit di antara aktor Remy Ishak dan Syafiq Kyle yang tercalon untuk tiga kategori individu yang sama iaitu ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Neelofa membuat satu persembahan yang mengejutkan ramai orang apabila beliau mempersembahkan lagu dari kumpulan KPOP popular masa kini BLACKPINK.Dengan mengenakan pakaian serba hitam berkilat disertakan tarian diikuti dengan lagu Blackpink membuat ramai yang teruja melihatnya.

Buka sahaja peminat yang menyaksikan Neelofa di pentas secara live, malah dapat dilihat keterujaan para rakan artis yang ternyata terkejut dengan aksi tarian Neelofa.

Mengenakan pakaian serba hitam namun masih mengekalkan identiti hijabnya, Neelofa ligat menari di pentas bersama penari iringan.

Namun, apa yang menarik adalah sebaik persembahan itu berakhir, terdapat juga netizen melakukan ‘troll’ ke atas persembahan dan aksi yang dipamerkan oleh Neelofa tersebut.

Tetapi seperti tahun tahun sebelum ini sudah pasti pakaian beliau akan menjadi bualan netizen. Ini yang netizen samakan.. tak baik betul.

Walau apa pun persembahan Neelofa patut diberi pujian kerana berani mencuba sesuatu yang jarang peminat saksikan aksi beliau menari.

Sumber : awatttsyeikhh & Youtube  via rimbabara.tq

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply