Siapa Akak ‘Wongshu Wongshu’ Yang Cakap Laju Dalam Nur 2 Ni?

Siapa kat sini tak layan Nur 2? Ye, tak layan. Sebab drama bersiri ni kan tengah menjadi fenomena sekarang. Jadi, boleh dikatakan tak ramai yang tak mengikuti drama yang mendalam ni.

Abaikan Nur, Aisyah sup bunjut, Ustaz Adam dan Ustaz Hamadi tu, nampaknya musim kali ni ada kemunculan watak baru yang sekarang ni tengah menjadi tumpuan netizen dengan kelucuannya dalam salah satu babak cerita Nur 2.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Mak tiri kawan-kawan ? #nur2 #sedangbikin

A post shared by Uchee Fukada (@ucheefukada) on

Admin percaya pasti ramai antara korang tengah terhibur dengan keratan video daripada watak jiran Nur tu kan? Alaa, yang ni haa..

Akak Wongshu Wongshu

Cakap laju, suara lantang, dan paling melucukan skrip dalam babak ni yang buatkan kita semua tergelak bila menontonnya. Berulang kali pun tak bosan.

Disebabkan babak ini viral, ramai yang persoalkan kemunculannya dalam drama tersebut. Masing-masing tak tahu identiti ‘akak wongshu wongshu ni. Jadi, disini admin nak memperkenalkan Uchee ni. Uchee ini salah seorang krew produksi untuk Radius One Sdn Bhd, dimana produksi ini lah syarikat penerbitan drama Nur 2 ni.

Uchee Syafiqah Zakbah

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Selalu nyanyi lagu dia dekat set #Nur2 . Harini dapat jumpa depan-depan! Comelnyaa empunya lagu PUDAR ni! ❤️❤️

A post shared by Uchee Fukada (@ucheefukada) on

Sumber : Instagram

Disebalik watak sebagai jiran Nur, Uchee ni sebenarnya merupakan penolong pengarah untuk drama Nur 2 ni. Patutlah gaya macam professional dia berlakon, kelakar!

Ibu kepada 3 orang anak ini lebih mesra dengan panggilan Uchee Fukada. Tapi sejak video babak Nur 2 tu, orang lebih panggil dia akak wongshu wongshu.

Ada netizen menggelarkan dirinya ini the next makcik petir. Laju gila dia cakap, tak ada silap sikit pun! Masa Suria FM hubungi dia baru-baru ini pun dia memang boleh cakap laju secara spontan. Kalau admin dah tergagap-gagap dah.

Netizen terhibur

 

Kalau tak silap admin dia ni bekas pramugari tapi tak pasti samada betul atau tak. Apapun sejak akak ni viral, makin ramai nak tengok cerita Nur 2 ni. 

Nur 2, dah nak sampai penghujung, kalau sesiapa yang baru nak tengok korang boleh layan cerita tu kat iflix je.

Sumber: Lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply