“What Kind Of Person Rampas Laki Kawan Artis Dia Sendiri?” -Persahabatan Juliana Evans Dengan Kaka Azraff Bermasalah?

Hubungan baik antara pelakon Che Puan Juliana Evans dan penyanyi Kaka Azraff sememangnya diketahui peminat.

Juliana yang mesra disapa dengan nama Jue dan Kaka menjalinkan hubungan sebagai sahabat rapat semenjak dari dulu lagi.

Malah, mereka sering bercuti bersama dan Kaka juga pernah menjadi ‘bridesmaid’ Jue ketika pelakon kacukan itu melangsungkan perkahwinan.

Namun begitu, ketiadaan Jue di majlis pernikahan dan resepsi Kaka yang berlangsung pada hujung tahun lalu mengundang tanda tanya status hubungan mereka.

Terbaru, Jue dan Kaka dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing.

Biarpun tidak menyebutkan sebarang nama, baik Jue atau Kaka bercakap mengenai topik ‘sahabat yang membawa masalah’ dan perkara itu bermula di laman Twitter.

Gempak sempat menyimpan beberapa ‘screen shot’ entri Twitter Jue dan Kaka tetapi ada beberapa entri Twitter terbabit telah pun dipadamkan.

Jue menggunakan foto seorang wanita memakai beg biru untuk menutup kepala dan tatagaya gambar terbabit seakan mirip dengan foto Kaka.

Beberapa minggu lalu, foto Kaka yang menyarungkan kain net biru di kepala menjadi tular di laman sosial.

Terkini, menerusi ruangan Instagram Stories milik Jue malam tadi, pelakon itu seakan meluahkan perasaan marah terhadap seseorang.

Biarpun tak menyebut nama, luahan itu seakan ditujukan untuk Kaka, melihatkan kepada foto yang dimuat naik oleh Jue.

Sekali lagi, Jue meluahkan kata-kata pedas di atas sekeping foto seorang wanita memakai beg biru untuk menutup kepala dan tatagaya gambar terbabit seakan mirip dengan foto Kaka.

Menjengah ke laman Instagram Kaka pula, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu memuat naik entri Twitter miliknya di ruangan Instagram Stories.

Entri tersebut menjelaskan dia enggan mengatakan apa-apa kerana Allah itu ada.

Baik Jue mahu pun Kaka, masing-masing belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Sumber: TheBinge, Instagram & Twitter Via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply