Wow Anzalna Nasir Bakal Timang Baby Boy

Pelakon cantik Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki.

Sedang sarat hamil tujuh bulan, bayi lelaki itu bakal dilahirkan pada Jun ini.

Ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga Anzalna.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No matter how big you are just be confident! Hahahahahahhaahh

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

“Semenjak 1993, bapa saya menunggu anak lelaki kerana adik beradik saya semuanya perempuan.

“Cucu lelaki juga belum dapat lagi kerana sebelum ini, kakak saya telah melahirkan tiga anak perempuan.

“Sebenarnya, saya dan suami tak kisah jantina anak kami, asalkan bayi yang bakal dilahirkan sihat walafiat,” katanya.

Jantina anak sulung Anzalna yang juga duta eksklusif NR diumumkan di majlis pelancaran produk Ommey dan Baby Gender Reveal di Hotel Majestic, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah Anzalna, dia berharap proses bersalin anak pertamanya dipermudahkan.

“Akhirnya, kami mendapat rezeki dari Allah, saya bakal melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah…. Saya mohon doa semua pihak agar proses kelahiran dipermudahkan,” katanya lagi.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia sedang hamil pada awal Januari lalu.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir Via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply